Friday, June 10, 2011

MARI MENGARANG

Apa yang hendak dikarang? Kitab atau orang?

Kenapa Hasan al-Banna tidak mengarang kitab sedangkan beliau mempunyai kepakaran dari segi ilmu dan kesusasteraan yang jarang dimiliki oleh orang lain?

Persoalan ini telah dijawab oleh beliau sendiri:

“Biarkan aku tidak menyibukkan diri menulis buku-buku. Setinggi manapun idea dan buah fikiran yang terkandung di dalam sesebuah buku, semuanya terkurung di dalam kulit buku tersebut dan terhampar di atas lembaran-lembarannya sehinggalah buku itu terserempak dengan pembaca yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk memahaminya dan mengambil manfaat daripadanya. Dan jarang sekali buku-buku itu akan menemui pembaca jenis ini. Di samping kebanyakan mereka yang mempunyai kemampuan untuk memahami fikrah yang terkandung di dalam buku itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaca dan menelitinya. Dan kebanyakan mereka yang memperoleh buku-buku itu mereka memperolehinya untuk menghiasi rak-rak di rumah mereka dan perpustakaan-perpustakaan yang padat dengan pelbagai jenis ilmu yang ditulis berjilid-jilid. Sungguhpun begitu umat Islam yang lemah tidak mendapat sebarang faedah daripadanya. Mereka tidak mempunyai cita-cita yang tinggi, malas, tidak bersemangat dan lebih mementingkan hidup senang dan mewah. Akibatnya mereka di lingkungi musuh dari segenap penjuru.

Justeru, waktu yang aku perlu habiskan untuk menulis buku, aku gunakan untuk membentuk seratus pemuda Islam. Setiap orang daripada mereka menjadi sebuah buku yang hidup, bercakap, beramal dan meninggalkan kesan. Aku hantarkan setiap orang daripada mereka ke sebuah Negara daripada Negara-negara Islam, lalu mereka membentuk para pemuda di situ sebagaimana aku membentuk mereka.”

Maka, apapun yang hendak dikarang, biarlah yang boleh meninggalkan kesan yang bermanfaat kepada umat

4 comments:

isnira said...

Klu nak tulis panjang-panjang sampai satu buku memang agak mustahil, tp klu sekadar nak deliver message(idea) kita dan mahukan respond serta-merta dlm FB boleh iaitu melalui "Notes".Ini boleh menjadi pembuka pintu kepada mad'u.

minah bte ahmad said...

Setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri...ada yang pandai menulis ada yang pandai berkata-kata..ada yang pandai merancang ...ada yang pandai melontarkan idea dan ada jua yang memang pandai membuat pelbagai kerja.....walau siapapun anda ..pastikan anda umpama benih yang subur..yang dicampak kemana sahaja akan menjadi pulau yang indah....Kata-kata pertama yang dilontarkan kepadaku ...mula mengenal usrah sejak...30 tahun yang lalu...Alhamdulillah aku masih disini...Ya Allah tetapkanlah hatiku agar sentiasa istiqamah dalam menelusuri jalan dakwah Mu.Amin..

@LeenShamsh said...

assalamualaikum ustzah, izin copy dan share :)

athirahariffin said...

ustazah, mohon izin copy :)