And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Thursday, April 19, 2012
Apa yang ada di dalam hatimu?
Apa yang berlaku di dalam hati kita sebelum dilaksanakan oleh anggota kita sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan?
Yang berlaku dalam diri kita sebelum keluar sebagai perbuatan dan perkataan baik atau buruk adalah lima peringkat:
Pertama: Hajis (هاجس), iaitu lintasan yang menerpa ke dalam hati kemudian berlalu pergi.
Kedua: Khatir (خاطر), iaitu lintasan yang menerpa tadi tidak berlalu pergi, sebaliknya ia berligar-ligar di dalam hati. Yang berligar-ligar itu dipanggil khatir.
Ketiga: Hadithun-nafs(حديث النفس), iaitu perbicaraan di dalam diri atau diri berkata-kata, berbolak-balik antara hendak atau tidak hendak lakukan
Keempat: Hamm (هم), iaitu setelah hati membuat pertimbangan hendak atau tidak, akhirnya keputusan dibuat dengan kemahuan untuk lakukan
Kelima: Azam (عزم ), iaitu tekad yang bulat dan tegas yang mesti dilaksanakan
Pada peringkat pertama, kedua dan ketiga masih belum ditulis atau dikira pahala atau dosa.
Dosa dan pahala hanya dikira bermula daripada peringkat keempat, iaitu hamm.
Di dalam sepotong Hadis, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang yang berniat untuk melakukan kebaikan, kemudian dia tidak lakukan, ditulis untuknya satu pahala dengan sempurna. Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan, kemudian dia melakukannya ditulis untuknya pahala 10 kali ganda sehinnga 700 kali ganda dan berganda-ganda lebih daripada itu. Sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan, kemudian dia tidak lakukan, ditulis untuknya satu pahala dengan sempurna. Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan, kemudian dia lakukan, ditulis untuknya satu dosa.” Muttafaq ‘alaih. (Kitab Riadhus-Solohin, bab ikhlas, Hadis ke 12)
Dalam Hadis tersebut Nabi s.a.w. menggunakan perkataan hamm, iaitu telah buat keputusan untuk buat. Jadi kalau baru terlintas, belum lagi ditulis pahala.
AllahuA’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ustazah, maknanya kalau kita dah buat keputusan utk lakukan suatu maksiat lalu pada saat akhir kita ubah fikiran utk tidak melakukan maksiat tersebut juga dikira sbg dosa?
cuba baca dengan teliti maksud hadis tu, kalau niat nak buat jahat, kemudian tak buat, Allah tulis satu pahala, bukan dosa. kalau betul2 buat, baru tulis satu dosa.
jazakallahu khairan kathiran ustazah. Moga Allah meluaskan lagi syurga utk ustzh setelah berpenat lelah menarbiyah umat yg sdg parah ini. Moga terus tsabat pd jalan ini!
Terima kasih, berguna. 27/02/2022
Post a Comment