Sunday, August 26, 2012

Murtabak lapis usrati


Kali ini ana nak kongsi makanan jasmani. Tapi kalau kena gaya boleh jadi makanan emosi dan rohani juga sebab kalau ahli keluarga rasa sedap makanan ini, mereka tentu rasa gembira dan kita yang masakpun rasa puas. Bila hati sudah gembira, rohanipun ceria insya Allah.

Ok, nama masakan seperti di atas: murtabak lapis usrati.

Bahan-bahan:

Sebungkus roti gardenia, 3 biji telur, 3- 4 cawan susu segar, keju (jika suka).

Untuk inti:

2 biji ubi kentang dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu juga
250 gram daging atau ayam dicincang
bawang merah, bawang putih dan halia untuk tumis
serbuk kari atau kurma dan minyak untuk menumis
garam, gula, asam jawa secukup rasa
(Masak seperti memasak inti karipap. Bila sudah masak, biarkan hingga sejuk.)

Cara-cara membuat murtabak:

Sapukan loyang 4 persegi dengan majerin. Aturkan 4 keping roti di dalam loyang tadi, tuang susu segar ke atas roti sehingga roti itu basah dan lembut.
Pecahkan 2 biji telur, masukkan ke dalam inti yang telah sejuk, kacau rata-rata.
Letakkan sebahagian inti di atas roti, ratakan. Taburkan keju (jika suka)
Ambil 4 keping roti lagi, aturkan di atas inti. Tuang susu segar di atas roti sehingga semuanya basah dan lembut.
Masukkan baki inti, lakukan seperti yang pertama tadi. Taburkan keju jika suka.
Aturkan 4 keping roti lagi untuk menutup inti. Tuang susu segar di atas roti seperti di atas. Pastikan semua bahagian roti basah dan lembut.
Pecahkan sebiji telur, pukul sehingga sebati kuning dan putihnya. Tuang ke atas roti, ratakan sehingga menutupi seluruh permukaan roti tersebut.

Masukkan ke dalam ketuhar, bakar sehingga masak. Anggaran 30 minit insya Allah.

Selamat mencuba. Kalau sedap, sebarkan. Kalau tak sedap baikilah sendiri sampai jadi sedap.

2 comments:

KY said...

Salam ustazah, yan dah rasa kuih ni semalam. Seorang adik ni buat ikut resepi ni. alhamdulillah, laziz! InsyaAllah pagi yan pula nak buat... Kanak2 ada usrah kat rumah insyaAllah. Yan, Melbourne.

Maznah Daud said...

Salam Yan, jazakumullah kerana sudi mencuba, kalau Yan ada resepi lain yg lebih laziz (alazz) boleh la dikongsi.