Kelebihan bulan Rajab dipetik daripada
buku: Tabyin al-'Ajab bima Warada fi Fadhli Rajab karangan Ibn Hajar
al-'Asqalani dari kalangan Mazhab Syafi'ei (wafat 852)
Tidak ada tentang kelebihan bulan Rajab,
tentang puasa padanya, tentang puasa
sebahagian daripadanya, juga tentang qiam satu malam tertentu padanya, hadis
sahih yang boleh dibuat hujjah.
Telah masyhur di kalangan ahli ilmu yang
bersikap toleransi dalam mendatangkan hadis-hadis berkaitan fadhilat-fadhilat
sekalipun terdapat kelemahan dari segi periwayatannya selagi ia tidak maudhu'
(palsu/rekaan). Namun perlu diingat,
sekiranya dia hendak mengamalkannya mestilah dengan syarat orang yang beramal
itu beri'tiqad (berpegang dengan yakin)
bahawa hadis itu adalah dhaif dan janganlah dia memasyhurkannya agar dia tidak
mendorong orang lain beramal dengan hadis dhaif. Jika mereka (orang ramai) beramal
dengan sebab dia menyebarkan hadis dhaif itu, maka bererti dia mensyari'atkan
apa yang tidak disyari'atkan. Atau setengah-setengah golongan manusia yang
jahil melihat dia beramal, maka mereka sangka itu adalah sunnah yang sahih.
Sesungguhnya perkara ini telah dinyatakan
dengan terang oleh Ustaz Abu Muhammad bin Abd as-Salam dan lain-lain. Hendaklah
setiap orang berwaspada supaya dia tidak termasuk dalam golongan yang disebut
oleh Nabi s.a.w. "Sesiapa yang menyatakan satu hadis daripadaku, pada hal
dia tahu bahawa hadis itu dusta (tidak sahih), maka dia merupakan salah seorang
daripada para pendusta." Itu sekiranya menyebar hadis yang tidak benar.
Maka bagaimana pula jika beramal dengannya?
Beliau menyebut antara hadis tidak sahih
yang disebarkan ialah:
Daripada Anas, bahawa Nabi s.a.w. apabila
masuk bulan Rajab, baginda berkata: "Ya Tuhanku, berkatilah untuk kami
pada Rajab dan Sya'ban. Dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan." Di dalam
sanad hadis ini terdapat perawi bernama Zaidah bin Abi ar-Raqqad. Al-Bukhari
menyifatkan Zaidah sebagai munkarul-hadis. Kata Ibn Hibban, orang yang tidak
boleh dipegang perkhabarannya. Kata Ibn
Hajar, aku dapati sanad hadis ini zahirnya kelihatan sahih. Maka seolah-olahnya
boleh dikatakan maudhu' (rekaan, bukan sekadar dhaif). Maka aku hendak
mengingatkannya supaya tidak ada yang tertipu dengannya.
Allahu A'lam.
No comments:
Post a Comment