Sepanjang Rabiul-Awwal, saya berkongsi satu hari satu hadis.
Sekarang bukan hendak berhenti daripada berkongsi hadis. Cuma mungin tidak
dapat setiap hari kerana ingin memberi tumpuan kepada sasaran lain pula, in
syaa Allah. Hari ini saya hendak kongsi sudut pandangan tentang bisnes. Satu dimensi
yang saya kurang beri perhatian sebelum ini. Sekarang ingin mencuba secara
sambilan di samping tugasan yang telah sedia dipikul selama ini, aktivis NGO:
IKRAM dan MAWADDAH.
Ramai orang yang rasa malu untuk berniaga. Kenapa malu? Pasti
jawapannya berbagai-bagai. Bagaimana menghilangkan rasa malu?
BANYAK CARANYA. ANTARANYA:
Pertama – ingat bahawa berniaga adalah satu pekerjaan yang
halal, dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran yang bermaksud: “...Padahal
Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba...”
(Al-Baqarah:275). Kita wajib malu kalau kita buat
pekerjaan yang haram. Kalau pekerjaan yang halal, kenapa malu?
Kedua – berjual beli dengan jujur dan
amanah merupakan amalan yang diberkati berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang
bermaksud: “Dua pihak yang berjual beli mempunyai hak untuk menarik balik
selagi mana keduanya tidak berpisah dari tempat urus niaga itu. Sekiranya kedua-duanya
jujur dan tidak menyembunyikan fakta berkenaan dagangan itu, urus niaga mereka
diberkati. Sekiranya mereka berdusta dan menyembunyikan fakta tentang dagangan
itu, dihapuskan keberkatan dari urus niaga keduanya.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Ketiga
– kesedihan kerana tiada harta untuk diinfaqkan. Allah berfirman maksudnya: “Dan
tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon)
supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada
padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali
sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa
mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad
pada jalan Allah).” (At-Taubah 9:92)
Ayat
ini menjelaskan bahawa jihad fi sabillah tidak diwajibkan ke atas orang miskin
yang tidak ada harta untuk pergi berjihad. Maka mereka tidak berdosa jika tidak
pergi berjihad atas alasan kemiskinan dan tidak cukup perbelanjaan atau
bekalan. Walaupun tidak berdosa, namun ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan
bagi mukmin. Setiap mukmin bercita-cita untuk menjadi mujahid dan mati syahid
di medan juang menegakkan Kalimah Allah.
Untuk
menjadi pejuang dan penyumbang mukmin mesti memiliki harta. Dan berniaga adalah
salah satu daripada jalannya.
Keempat
– antara pemberi dan penerima zakat. Di dalam sepotong ayat Allah berfirman
maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka
(dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu
itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.” (At-Taubah 9:103)
Perhatikan,
siapakah yang lebih beruntung, pemberi atau penerima? Allah janjikan tiga
perkara untuk pemberi:
i.
membersihkan mereka
dari dosa
ii.
mensucikan mereka
dari akhlak yang buruk
iii.
doa Rasulullah
s.a.w. yang mendatangkan ketenangan dan ketenteraman bagi mereka
Untuk
penerima, tidak ada satupun janji buat mereka. Jadi, kita ada peluang untuk
memilih sama ada menjadi pemberi atau penerima.
Kelima
– usia sudah semakin lanjut, cari harta banyak-banyak pun tak boleh dibawa
mati. Betul usia sudah semakin lanjut. Tetapi mati tidak pernah memilih usia. Orang
muda pun mati juga. Betul harta tidak boleh dibawa mati. Tetapi harta yang
diwaqafkan itulah yang memanjangkan pahala selepas kita mati. Semakin banyak
harta yang dwaqafkan dengan ikhlas, in syaa Allah semakin banyak pahala yang
dapat diraih
Keenam
– dengan berniaga kita dapat menghayati suruhan Allah agar saling tolong menolong
dalam perkara kebaikan dan taqwa. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).” (Al-Maaidah 5:2)
Jadi,
berniaga menjual produk halal adalah satu medan menolong masyarakat mendapatkan
apa yang mereka perlukan. Dan saya memilih HNI-HPAI kerana ia menyediakan produk
halal dan berkualiti.
Ketujuh
– sebenarnya bukan HNI-HPAI sahaja yang mengeluarkan produk halal. Banyak syarikat-syarikat
lain dari dalam dan luar negara yang mengusahakannya. Yang bezanya, jika beli
yang lain kita hanya berstatus pengguna. Yang untung hanya pengeluar. Di HNI-HPAI
kita pengguna, dan pada masa yang sama kita dapat menjana pendapatan.
HNI-HPAI
merupakan perusahaan Halal Network di Indonesia yang mengeluarkan produk-produk
herbal halal dan berkualitas yang terjaga alamiah, ilmiah dan ilahiahnya.
Syarikat ini telah berjaya meraih anugerah THE BEST TRUSTED MULTI LEVEL COMPANY
OF THE YEAR 2016 di Indonesia.
Ramai
yang tidak segan-segan mempromosikan produk luar negara yang dikeluarkan oleh
orang asing. Walaupun mungkin terjamin kehalalan serta kualitinya, namun
tidakkah lebih baik kalau kita utamakan produk keluaran muslim jika kita
mempunyai peluang untuk membuat pilihan. Setidak-tidaknya kita membantu
memperkayakan sesama muslim yang menggunakan kekayaannya untuk membayar zakat.
Itu
dulu untuk hari ini. Ada yang berminat untuk bergabung? Ahlan wa Sahlan.
No comments:
Post a Comment