Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3
hijriah di Baghdad):
“Sesungguhnya sukar
sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku
fillah?”
Al-Junaid enggan
menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali.
Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid
menjawab:
“Sekiranya engkau
mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung
kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit.
Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya
dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan
mereka kepadamu.”
Mendengar jawapan itu,
lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung:
“Ketahuilah bahawa manusia
terdiri dari tiga golongan:
Pertama – orang yang
engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya
Kedua – orang yang
engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau
tidak mendapat manfaat daripadanya
Ketiga – orang engkau
tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini
adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan
diri darinya.
Adapun golongan ke
dua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat
daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau
menolongnya selama ini.
Ada orang berkata:
“Aku berkawan dengan sebahagain manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku
sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka,
aku menanggung keperluan mereka.”
Jadi, sesiapa yang
begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya.”
- dari kitab
“Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs” Sa’eid Hawwa, halaman 498-499
No comments:
Post a Comment