Monday, February 27, 2017

MOTIVASI DI AWAL MINGGU


Ibn al-Jauzi (510 - 597 hijriah) berkata: “Aku memerhatikan dalil-dalil kewujudan Allah S.W.T. maka aku temuinya lebih banyak daripada biji-biji pasir!

Aku melihat dalil yang paling manakjubkan adalah pada diri manusia itu sendiri. Sebagai contoh: seseorang manusia kadang-kadang menyembunyikan sesuatu amalan yang tidak diredhai Allah, lalu Allah dedahkan amalan itu walaupun telah berlalu beberapa waktu yang lama. Lidah-lidah berbicara mengenainya walaupun tidak ada seorang manusiapun yang menyaksikannya. Dan sebaliknya pula, ada manusia yang kadang-kadang menyembunyikan ketaatannya. Kemudian ia terbongkar. Manusia berbicara mengenainya di sana sini dan memujinya sehinggakan mereka seolah-olah tidak nampak langsung kesalahannya. Mereka tidak bercakap melainkan mengenai kebaikannya.

Itulah bukti yang Allah ajarkan kepada kita supaya kita tahu dan yakin bahawa di sana ada Tuhan yang tidak pernah mensia-siakan segala amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya!”


-                     Petikan daripada kitab “Soidul-Khatir”.

No comments: