Monday, June 07, 2021

TAK SEMPAT HABIS PUASA ENAM?

Hari ini 27 Syawwal. Ada yang belum selesai puasa enam? Bagaimana jika tidak sempat? Bolehkah diqadha atau disambung dalam bulan Zulkaedah?
Menurut fuqaha’ Mazhab Syafie orang yang tidak sempat puasa enam dalam bulan Syawwal harus qadha dalam bulan Zulkaedah.
Sebagai contoh, orang yang tidak berpuasa Ramadhan selama sebulan tanpa uzur. Dia wajib qadha puasa Ramadhan terlebih dahulu.. Selepas itu barulah dia boleh berpuasa sunat. Oleh kerana dia menghabiskan sebulan Syawwal dengan puasa qadha, harus baginya mengqadha puasa sunat Syawwal dalam bulan Zulkaedah.
Begitu juga mereka yang tidak sempat melaksanakan puasa sunat Syawwal kerana keuzuran atau halangan tertentu, harus mengqadhanya dalam bulan Zulkaedah. (Kitab AlBahru AlWafi WanNahru AlSofi)
Setengah fuqaha’ berpendapat tidak harus qadha. Puasa yang disunatkan dalam bulan Syawwal luputlah waktunya dengan berakhirnya Syawwal.
Menurut fuqahak Mazhab Maliki, puasa enam boleh dilakukan sepanjang tahun, tidak khusus bulan Syawwal sahaja. Jika dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain sebanyak enam hari akan mendapat ganjaran berpuasa satu tahun juga.
Allahu A’lam.

No comments: