Thursday, October 27, 2022

RINTIHAN NABI MENJADI PENGAJARAN BUAT KITA


Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Dia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?” (Hud 11:28) 


Setelah mengemukakan pelbagai bukti tentang kebenaran ajaran yang dibawa dan disampaikan, kaumnya tetap tidak menerima, maka apalah daya baginya sebagai manusia?


Demikianlah usaha kita pada masa kini. Berusaha sedaya mampu memberi kesedaran, peringatan, menunjukkan bukti dan sebagainya. Akhirnya Allah jualah yang menentukan. Allah jualah yang maha berkuasa membuka hati hamba-hambaNya sama ada hendak terima atau tolak kebenaran yang kita sampaikan.


Jangan sekali-kali berputus asa. 

Sehebat Nabi pun begitu sukar untuk menembusi hati manusia yang terkatup rapat, apalah kita yang sarat dengan kelemahan dan kekurangan…


No comments: