Facebook telah menutup akaun aktivis Abdel Hadi Raji Al-Majali kerana artikelnya bertajuk "Gaza"
Salam sejahtera buatnya dan kita sebarkan artikelnya seluas-luasnya.
Berikut adalah terjemahannya:
Di Gaza tiada minyak... Rakyatnya tidak menaiki SUV atau Land Cruiser, tetapi ia mempunyai bekalan lada pedas yang strategik... dan ternyata lada pedas mampu memenangi peperangan sehingga gas dan minyak ditewaskan dan emas dikalahkan .
Di Gaza Juga tiada bangunan pencakar langit. Ismail Haniyeh tidak mempunyai jet jumbo peribadi untuk rekreasi di Monte Carlo... Abu Ubaidah, komander Briged Izz al-Din al-Qassam, isterinya tidak membeli-belah di London dari Louis Vuitton, tetapi dia memiliki kain selendang yang dia bentangkan di atas bumbung untuk mengeringkan daun mulukhiya dan lada merah. Mungkin hadiah paling berharga yang dia perolehi ialah Abu Ubaidah membawanya suatu hari untuk membaca Al -Fatihah di atas kubur Ahmed Yassin. Dan cita-citanya yang paling mahal ialah agar suaminya kembali dalam keadaan masih bernyawa tanpa cedera dan dapat memeluk anak-anak mereka.
Di Gaza, tidak ada ladang persendirian untuk golongan elit. Jika salah seorang daripada mereka jatuh sakit, tidak ada cara untuk menghantarnya ke London untuk mendapatkan rawatan. Satu-satunya rawatan adalah di hospital Gaza, sama seperti yang lain. Tidak ada pusat membeli-belah yang mengandungi jenama mewah seperti Massimo Dutti atau Vangels. Terdapat banyak kedai yang menjual jubah dan kasut buatan tempatan. Tiada tali leher Jenama Hermez... Mungkin kemewahan terbesar yang dipakai oleh seorang warga Gaza ialah jubah yang diseludup dari Mesir melalui laluan rahsia yang kemudiannya telah dirobohkan. ..
Di Gaza, tiada kursus untuk ahli Briged Qassam diadakan di kolej tentera British. Komander roket serta pelancarnya tidak pergi ke Kolej Perang Nevada untuk lulus kepimpinan batalion dan program peperangan elektronik. Mereka sejak awal lagi telah memiliki kuliah perang yang paling utama dan pemimpin dunia, iaitu masjid. Dan mereka memiliki strategi ketenteraan yang ampuh untuk menang, iaitu briged-briged Ahmed Yassin.
Di Gaza, tidak ada orang yang turun ke pantai untuk memancing dan bermewah-mewah. Tidak ada kapal layar untuk golongan elit yang boleh dinaiki oleh kakitangan kerajaan. Bayangkan Ismail Haniyeh menaiki kapal layar dan memancing? ...Sebenarnya, gaya hidup mewah terbesar yang diamalkan oleh Ismail Haniyeh di Gaza ialah dia memakai jubah yang diseterika, menaiki mimbar dan menyampaikan khutbah. Dengan memakai jubah yang diseterika ini mungkin akan dirakam sebagai pelaksanaan tanggungjawab dalam gaya paling mewah. Sementara pemimpin-pemimpin Arab yang lain menyeterika seluruh rakyat mereka demi kemewahan sendiri.
Yang anehnya di Gaza: kemiskinan, kesengsaraan, dan kesempitan hidup semuanya berkumpul di dalamnya. Namun ia menghasilkan kemenangan paling besar, dan maruah paling unggul dalam sejarah bangsa Arab.
Dan yang lebih menakjubkan ialah mereka yang di dalam tangannya memiliki semua kekayaan dunia yang teridiri dari emas, saham-saham syarikat dan hotel di Barat, tidak menghasilkan apa-apa selain kekalahan.
Adakah Gaza dianggap sebuah misteri dalam sejarah Arab, atau adakah semua Arab hanyalah milik Gaza sahaja?..
Saya tidak tahu.
π΅πΈπ΅πΈπ΅πΈπ΅πΈπ΅πΈπ΅πΈ
https://t.me/drwasfy
No comments:
Post a Comment