Dr Tariq Al-Suwaidan menulis tentang idea-idea praktikal bertajuk: #Our_Eid_With_Gaza
Kepada umat Islam di seluruh dunia dan dalam semua bahasa; Kami ingin menjadikan isu serta tema utama Hari Raya kita tahun ini adalah dukungan untuk Gaza, Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Ini adalah bebrapa langkah praktikal yang kami harap semua umat Islam akan melaksanakannya untuk tujuan ini. Kami tidak membataskan cadangan setakat apa yang dikemukakan sahaja. Semua orang boleh menambah apa yang sesuai:
1- Pada peringkat haji:
•Hendaklah setiap Muslim menjadikan sebahagian besar daripada doanya untuk penduduk Gaza, dan jika dia boleh mengucapkannya dengan kuat, itu lebih baik, untuk mengingatkan orang lain tentang Gaza, Palestin, dan Al-Aqsa.
Sesiapa yang telah menunaikan fardhu haji dan mampu menampung kos haji sunat, maka salurkanlah kos itu untuk membantu Gaza.
• Khutbah Hari Arafat yang diadakan di khemah-khamah, hendaklah topik utamanya adalah mengenai Gaza, Palestin, dan Al-Aqsa, serta berdoa untuk mereka.
2- Pada peringkat ibadah korban:
• Hebdaklah ibadah korban kita untuk Gaza tahun ini. Carilah pihak-pihak yang boleh dipercayai yang benar-benar menyampaikan korban kita kepada penduduk Gaza dan Palestin.
• Sesiapa yang mendapat rezeki dan ingin berkorban di negerinya, lakukanlah. Dan korban kedua biarlah untuk Gaza.
3- Mengenai ucapan tahniah:
Hendaklah ucapan tahniah kita adalah: Semoga Allah menerimanya dari kami dan dari anda. Setiap tahun anda, Gaza, Palestin, Al-Aqsa, dan umat kita semua berada dalam kebaikan.
تقبل الله منا ومنكم وكل عام وأنتم وغـ.ـزة وفلـ.سطين والأقصى وأمتنا بخير.
4- Duit Raya:
Jika anda ingin memberi duit raya kepada kanak-kanak atau orang dewasa, beritahu dia sebagai contoh: sepuluh RM yang saya berikan ini, lima RM untuk dirimu, dan lima RM lagi adalah sedekahku dan kamu untuk Gaza.
5- Dalam setiap kunjungan atau perjumpaan pada hari raya, biarlah perkara yang paling penting yang kita sebutkan adalah cara-cara untuk menyokong Gaza, dan mendoakan mereka.
6- Pakaian:
• Marilah kita sama-sama memakai keffiyeh atau selendang Palestin sebagai peringatan Gaza dan Palestin.
• Jika kita ingin membeli pakaian baru untuk anak-anak kita, biarlah kita menjadikan keffiyeh sebagai tema pakaian hari raya mereka.
7- Keraian tetamu pada hari raya:
Pada hari raya ini, sebaiknya kita berjimat cermat. Kalau boleh hadkan kepada kopi dan kurma Sahaja. Adapun kuih muih kita peruntukkan kosnya sebagai sumbangan kepada Gaza.
8- Posting:
• Semua posting di media sosial berkaitan dengan ucapan selamat hari raya hendaklah bertemakan perjuangan membela Palestin dan Gaza.
• Edit gambar profil di semua laman media sosial untuk menyokong Gaza dan penduduknya.