Wednesday, August 07, 2013

Maafkan Aku


Wahai yang dicipta dengan kemuliaan
Terima kasih kerana telah bertandang
Buat seketika di laman usiaku
Kau sapu sebahagian dosa-dosaku
Yang bersepah, menyampah merata-rata
Lalu kau humban di dalam bakul sejarah
Kau hiasi ruang-ruang rohani
Dengan jambangan rahmah dan maghfirah
Kau sirami benih-benih iman
Yang berputik di laman hati
Sehingga ia subur, berbunga dan mewangi

Wahai yang dicipta dengan keberkatan
Tiba masa kau akan berangkat pergi
Menggalas jutaan doa dan harapan bani insan
Diiringi tangisan keinsafan
Serta gema takbir
Bersahutan membelah sunyi malam

Wahai yang dicipta dengan keagungan
Esok kau tiada lagi
Esok Syawal datang sebagai ganti
Esok syaitan mula mengepak-ngepak sayapnya
Sedia untuk terbang bebas menerkam mangsa
Esok pintu-pintu neraka kembali terkuak
Bagai singa kelaparan
Menerkam menelan penderhaka

Wahai yang dicipta dengan kemurahan
Maafkan aku tidak melayanimu
Maafkan aku tidak menghargai kehadiranmu
Maafkan aku tidak mengisi kantung waktumu
Maafkan aku endah tak endah pada sapaanmu
Maafkan aku...
Satu pintaku
Bawalah pergi bersamamu derita sengsara sahabat-sahabatku
Bungkuslah kezaliman dan penindasan yang menimpa saudaraku
Di Palestin, di Syria, di Mesir, di mana-mana jua
Heretlah penjahat penghisap darah itu
Kambuslah mereka di lubang silam
Biar nafas mereka segera terhenti
Dan tidak akan berdenyut lagi

29 Ramadhan 1434
07 Ogos 2013

Sunday, August 04, 2013

Doa Lailatul-Qadar dari Medan Rabi'ah al-'Adawiyyah


Ya Allah, aturlah urusan kami, realisasikan kemenangan kami, bukalah jalan keluar untuk kami, peliharalah darah kami, peliharalah negeri kami, bantulah Mursi, presiden kami, jadikanlah untuknya dari sisiMu kekuasaan yang dibantu.

Ya Allah, jadilah Engkau untuk kami, jangan jadi ke atas kami. Tlglah kami, jangan tlg ke atas kami, jadikanlah kekalahan menimpa orang yang zalim ke atas kami. Rancanglah untuk kami, jangan rancang ke atas kami. Selamatkan kami, jangan serahkan kami. Keciwakan mereka, jangan keciwakan kami. Pertahankan kami, jangan serahkan kami. Jangan jadikan kami berputus asa dari rahmatMu. Rahmatilah kami dengan rahmat dari sisiMu supaya kami mengharap apa-apa rahmat dari selainMu.

Ya Allah, kami hanya serahkan kdpMu perampas kuasa yg telah menumpahkan darah kami, membunuh ikhwah dan akhawat kami dan menjadikan negeri kami sempit ke atas kami. Kami serahkan kpdMU pengkhianat yg memungkiri janji. Lakukan terhadap mereka apa yang telah Engkau lakukan terhadap 'Aad dan Thamud. Kami serahkan kpdMu penjahat yg membunuh org yg sedang rukuk dan sujud. Kami serahkan kpdMU org yg menghalalkan darah org yg tidak berdosa, yg berhimpun secara aman. Ya Allah, turunkan ke atas mereka balasanMu yg tidak boleh dihalang dari menimpa kaum yang berdosa.

Ya Allah, andainya apa yg dilakukan oleh CC dan konco-konconya, khianat, menumpahkan darah, Engkau tidak redha, maka jadikanlah perancangan jahat mereka menimpa diri mereka, jadilah lingkungan kejahatan membelenggu mereka, isilah hati mrk dgn kegerunan, goncanglah bumi di bwh tapak kaki mrk, dtgkan balasanMu dari arah yg mrk tidak duga. Hilanglah kemungkaran mrk dgn segera, tindakan mrk hancur lebur dan rampasan kuasa mrk berakhir segera.

Allahu Akbar3. Allah lebih hebat, lebih agung drpd apa yg kami takut dan kami gentar. Ya Allah kami berlindung dgnMu dari kejahatan perampas kuasa yg menumpahkan darah. Kami letak Engkau di atas tengkuk mrk, kami mohon pertlganMu dlm menghadapi mrk. Kami berlindung dgnMu Yg memegang langit sehingga tidak menimpa bumi kecuali dgn izinMu, kami berlindung dgnMu drpd kejahatan hambaMu abdul fattah assisi, muhammad ibrahim dan pembantu2 mrk,  pnedokong2 mrk dr kalangan jin dn manusia. Jgnlah mrk melampau batas ke atas kami atau menzalimi kami. Maha Suci NamaMu, tiada Tuhan selainMu.

Ya Allah, apa yg Engkau turunkan ke atas hambaMu, kebaikan, keberkatan, pertolongan, kejayaan dan keampunan, maka jadikanlah ianya turun ke atas kami dan saudara2 kami sebanyak2nya. Dan apa yg Engkau turunkan dari segi kejahatan, bencana, fitnah, peliharalah kami drpd itu dan saudara2 kami yg soleh. Elakkan drpd kami dengan kurniaMu wahai Yg Maha Pemurah. Peliharalah negeri kami dlm aman dan sejahtera ya Rabbal'alamin.

Ya Allah, campakkanlah rahmatMu ke dlm hati pengawal2, tentera2 dan polis spy mrk kasihan kpd saudara mrk, warganegara ini. Tahanlah kejahatan mrk dari terkena ke atas org yg berhimpun. Jadikanlah kejahatan mrk terkena ke atas org jhat dan membuat kerosakan. Tahanlah kejahatan setengah org Mesir dari menimpa setengah yg lain. Jadikan mrk bersatu padu utk mendokong kebenaran dan agama ini. Kami serahkan kpdMu ya Allah semua org yg melindungi perampas kuasa, atau menuruti kehendak mrk.

Ya Allah, peliharalah Mesir dan rakyatnya dgn keberkatanMu, perlindunganMu, dan mataMu yg tak pernah tidur. Jadilah Engkau Pelindung dan Penjaga dari kejahatan dan tipu daya puak yg jahat dan berdosa. Bantulah rakyat Mesir utk mengangkat kebenaran, mengembalikan syar'iyyah dan menolong agama.

Ya Allah, sesungguhnya perampas telah bermaharajalela di negeri ini. Mrk telah banyak melakukan kerosakan, membunuh orh yg tak berdosa, mengunci mulut2, memerangi org yg mulia, memenjara org yg amanah, mrk cerita bohong mengenai org yg benar, menculik presiden kami, menakut-nakutkan anak2 dan wanita2 kami. Maka balaslah mrk bg pihak org yg dizalimi. Kalahkan mrk bg pihak balu2, anak2 yatim, dan org2 yg cedera. Gerunkan mrk, takutkan mrk sebagaimana mrk menggerunkan dan menakutkan org2 yg berada dlm aman. Balaslah perbuatan mrk bg pihak syuhada', timpakan ke atas mrk azab, bersihkan negeri ini dr kejahatan mrk, peliharalah hambaMu dr tipu daya mrk.

Ya Allah, sesungguhnya perampas kuasa yg khianat menggunakan kekerasan dan senjata yg ada di tangan mrk, mrk menggunakan musuh2 bangsa dan membiarkan musuh2 membunuh tak kira kecil atau besar. Sesungguhnya kami mohon pertolonganMu menentang mrk dan org2 yg berada di belakang mrk. Kami serahkan urusan kami kpdMu yg maha melihat urusan hambaMu. Cukuplah Engkau utk kami dan Engkau sebaik2 penolong. Kami mohon kpdMu agar jgn biarkan mrk mengangkat bendera kemenangan, jgn realisasikan matlamat mrk, jgn jadikan mrk ikutan kpd manusia. Sesungguhnya mrk tidak dpt lari drpdMu di bumi dan di langit.

Ya Allah, sesungguhnya tidak keluar kecuali utk mencari redhaMu, menolong kebenaran, berusaha utk kemuliaan negeri kami, membebaskan tanah air kami, meninggirkan agamaMu. Maka tlglah kami dgn pertolongan yg benar2 mantap. Berilah kemenangan kpd kami, kemenangan yg nyata, tunjuklah kami jln yg lurus, kurniakan kami kemenangan yg dekat dan cepat tanpa lambat dan tertunda. Rahmatilah kami dgn rahmat dari sisiMu, spy kami tidak berhajat kpd rahmat selainMu. Jadikan mesir dan ahlinya berada di bwh jaminanMu, keamananMu dan kebaikanMu.

Ya Allah, trmlah ribat kami, jihad kami dan amal soleh kami. Ampunilah dosa kami dan kegelinciran kami, peliaharalah kami apa yg masih berbaki drpd usia kami. Teguhkan tapak kaki kami di atas kebenaran, penuhkan hati kami dgn keyakinan dan keprcayaan kpdMu. Pulangkan kpd kami presiden kami dl m keadaan menang. Tolaklah serangan musuh yg dihalakan kpd kami, negeri kami dan thaurah kami, tolaklah kezaliman perampas yg kejam dan angkuh. Jgn Engkau biarkan org zalim menguasai kami, jgn biarkan pengkhianat memerintah kami, jgn biarkan perosak menindas kami.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun. Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah kami. Trmlah drpd kami, redhailah kami. Akhirkanlah ramadhan ini dgn keampunanMu utk kami, bebaskan kami dari api neraka. Jadikan hari raya ini dua hari raya utk kami, idulfitri dan idulhurriyyah wannasri (hari raya kebebasan dan kemenangan). Tulislah utk kami pahala yg besar pd mlm ini, mlm yg Engaku sifatkan "sejahtera mlm itu sehingga terbit fajar". Dan segala puji bg Allah Tuhan semesta alam.

(tak smpt edit, waktu berbuka hampir tiba dan mlm 27 ramadhan yg dinanti hampir menjelma)

http://ikhwanonline.net/Article.aspx?ArtID=158812&SecID=360

Sunday, July 21, 2013

Pertengahannya Maghfirah...


Alhamdulillah dengan rahmat dan izinNya kita sudah berada dipertengahan Ramadhan yang mulia. Ketika ini ramai yang mengingatkan tentang sopotong Hadis yang bermaksud: "Ramadhan adalah satu bulan, awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya bebas dari api neraka."

Berdasarkan Hadis itu, maka bulan yang mulia dibahagikan kepada tiga fasa: Rahmah, Maghfirah dan 'Itqun minan-Nar (bebas dari api neraka).

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya no 1887 daripada Salman r.a., dan dia berkata sekiranya sahih. Juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syi'ab al-Iman, no 3608.

Menurut ahli Hadis, di dalam sanad (senarai periwayat) Hadis ini terdapat Ali bin Zaid bin Jad'an. Di dalam kitab al-Kasysyaf menyebut bahawa beliau salah seorang hafiz yang tidak mantap. Ad-Dar Qutni berkata: "Aku masih menganggap dia seorang yang tidak kuat." Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Zar'ah berkata bahawa Ali bin Zaid bin Jad'an ini tidak kuat. Yahya bin Ma'een pula berkata: "Dia tidak boleh menjadi hujjah."

Shaikh al-Albani meletakkan Hadis ini di dalam senarai Hadis-hadis dha'eef no 871 dan dia berkata, Hadis ini munkar.

Hadis yang mengandungi maksud yang sama diriwayatkan oleh Ibn Abi ad-Dunya, al-Khatib dan Ibn 'Asakir daripada Abu Hurairah r.a.

Jalur ini juga dikategorikan sebagai dha'eef oleh  Shaikh al-Albani di dalam Dha'eef al-Jami', no 2135 dan di dalam Silsilah Dha'eef no 1569.

Haruskah berpegang dengan Hadis-hadis dha'eef?

Sebahagian ulamak meletakkan beberapa syarat untuk beramal dengan Hadis Dha'eef:
Pertama: ia berkaitan dengan fadhilat-fadhilat amal
Kedua: amal itu termasuk di bawah asal yang diamalkan dengannya
Ketiga: Hadis itu tidak terlalu dha'eef
Keempat: tidak beri'tiqad bahawa ia thabit daripada Rasulullah s.a.w., sebaliknya beri'tiqad sebagai suatu langkah mencari peluang sahaja.

Dalam konteks ini, Shaikhul-Islam Ibn Taimiyyah menulis di dalam kitabnya Al-Fatawa:
Apa yang dikatakan oleh ulamak tentang keharusan beramal dengan Hadis Dha'eef bukan bermakna mengithbatkan sunat sesuatu amal dengan Hadis yang tidak boleh dibuat hujjah. Sesungguhnya sunat itu adalah hukum Syara'. Ia tidak thabit kecuali dengan adanya dalil Syara'.  Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawa Dia telah mewajibkan sesuatu amal tanpa dalil yang syar'iy, maka dia telah mensyari'atkan agama (menetapkan hukum agama) dengan cara yang tidak diizinkan Allah kepadanya. Samalah kalau menetapkan wajib, haram dan sebagainya.

Yang mereka maksudkan harus itu ialah beramal dengan sesuatu yang telah thabit bahawa amal itu disukai Allah atau tidak disukai berdasarkan nas al-Quran dan Hadis atau Ijmak, seperti tilawah al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, memerdekakan hamba, berbuat baik kepada manusia, bencikan dusta, khianat dan seterusnya.

Maka apabila diriwayatkan Hadis tentang kelebihan amal-amal yang sunat dan ganjarannya, atau makruh sesuatu amal serta balasannya, jika diriwayatkan sesuatu Hadis tentang kadar ganjaran, balasan serta jenis-jenis atau bentuk balasan dan ganjaran yang kita tidak ketahui bahawa Hadis itu maudhu' (palsu), harus meriwayat dan beramal dengannya. Dengan erti kata, jiwa manusia ini mengharapkan balasan dan takut siksaan, laksana seorang lelaki yang mengetahui bahawa berniaga itu untung, kemudian diberitahu kepadanya bahawa keuntungan yang akan diperolehi sangat banyak. Maka jika dia cuba dan benar perkhabaran itu, dia dapat manfaatnya. Jika tidak benar, tidak memudaratkannya. Itulah contoh dalam bab targhib dan tarhib dengan membawa kisah-kisah israeliyyat, mimpi-mimpi, kata-kata salaf, ulamak dan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada ulamak. Semua itu semata-mata tidak boleh dijadikan dalil untuk mengithbatkan sesuatu hukum sama ada sunat atau sebagainya, tetapi boleh sekadar untuk terghib (menggemarkan), tarhib (menggerunkan) tarjih (menimbulkan harapan) dan takhwif (menakutkan).

Maka apabila Hadis Dha'eef berkenaan fadhilat-fadhilat yang mengandungi kadar dan penetapan seperti dinyatakan solat pada waktu tertentu dengan membaca bacaan tertentu atau dengan sifat tertentu, itu tidak harus kerana itu bermakna menetapkan sesuatu yang tidak thabit dalil syar'iy.  Berbeza kalau menyebut bahawa siapa yang masuk ke pasar, lalu dia membaca zikir sekian sekian dia dapat sekian sekian. Ini kerana mengingati Allah di pasar memang sunat kerana mengingati Allah di kalangan orang-orang yang lalai.

Maka meriwayatkan kadar pahala, tidak menjejaskan sama ada thabit atau tidak.

Kesimpulannya, di dalam bab ini boleh meriwayatkan dan mengamalkan dalam memberi targhib (menggemarkan) dan tarhib (menggerunkan), bukan dalam menetapkan hukum sunat. Kemudian i'tiqad adanya ganjaran pahala dan siksa dalam kadar tertentu juga perlu ada dalil syar'iy . (Akhir kata-kata Ibn Taimiyyah)

Berbalik kepada Hadis yang diperkatakan tentang pembahagian Ramadhan kepada tiga fasa, pada pandangan penulis haruslah berdasarkan dalil yang sahih. Jika tidak, elok kembali kepada dalil yang diyakini kesahihannya seperti Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang puasa Ramadhan dengan iman dan ihtisab (dengan bersungguh-sungguh mengharap pahala daripada Allah Ta'ala) diampunkan apa yang terdahulu daripada dosanya." Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a.

Seluruh Ramadhan wajib dihayati dengan iman bahawa puasa ini difardhukan Allah dengan melaksanakan puasa dalam keadaan tulus ikhlas mengharapkan pahala daripadaNya semata-mata, bukan mengharap sesuatu yang lain daripada itu. Allahu A'lam.

Wednesday, June 12, 2013

Solat : Bilangan Waktu Dan Raka’atnya



Sedia maklum, solat adalah rukun Islam yang pertama selepas syahadah. Solat juga dikatakan sebagai tiang agama dan amalan yang pertama akan dihisab pada hari akhirat nanti. Oleh kerana solat begitu penting, Allah Ta’ala menjemput RasulNya mengadap sendiri untuk disampaikan perintah mengenai solat pada malam Isra’ dan Mi’raj. Tidak dikirim wahyu melalui Jibril, meskipun terbukti Jibril adalah pembawa wahyu yang setia lagi amanah.

Setiap hari umat Islam diwajibkan mendirikan solat sebanyak lima (5) kali dengan jumlah raka’atnya adalah 17.

Apakah ada rahsia yang terkandung di sebalik bilangan-bilangan itu?

Di dalam Islam, angka 7 merupakan angka yang sangat significant.
Allah jadikan langit 7 lapis, al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7 keliling, sujud di atas 7 anggota, dalam seminggu ada 7 hari dan lain-lain.

Berbalik kepada solat, 17 rakaat  5 kali sehari. Angka ini jika digabungkan, menjadi 175.
175 bersamaan 7 x 5 x 5
Jadi bilangan solat dalam sehari bilangan raka’atnya mempunyai kaitan dengan angka 7.

Pembahagian raka’at bagi setiap solat adalah (dimulai dari Subuh):
Subuh – 2
Zohor – 4
Asar   – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4

43442. Bilangan ini juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu 43442 = 7 x 6206

Jika dimulai dari Asar:
Asar – 4
Maghrib – 3
Isya’ – 4
Subuh – 2
Zohor – 4

42434 juga mempunyai kaitan dengan 7, iaitu 42434 = 7 x 7 x 866

Mengapa Subuh dan Asar?

Di dalam surah al-Baqarah ayat  238, Allah memerintahkan agar memelihara solat, terutamanya solat wusto. Ulamak berbeza pendapat dari segi solat wusto, ada yang berpendapat ia adalah solat Subuh dan ada yang berpendapat ia solat  Asar.

Yang menakjubkan juga, kita perhatikan al-Quran mengandungi 114 surah. Jika dihimpunkan dengan bilangan rakaa’at solat (17), ia mempunyai kaitan dengan angka 7.
11417 = 7 x 7 x 233

114 surah al-Quran diturunkan dalam masa 23 tahun. Bilangan inipun berkaitan dengan 7
23114 = 7 x 3302

Bilangan tahun turunnya al-Quran dengan bilangan raka’at solat juga berkaitan dengan 7
2317 = 7 x 331

Perintah mendirikan solat dengan lafaz mufrad (singular) iaitu (أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ) diulang di dalam al-Quran sebanyak 5 kali:
Hud  :114
Al-Isra’ : 78
ToHa : 14
Al-‘Ankabut : 45
Luqman : 17

Kali terakhir disebut adalah di dalam surah Luqman ayat ke 17. 
  يٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلاَةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنْكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلأُمُورِ
Ayat itu pula mengandungi 17 perkataan. Dan huruf yang digunakan adalah 17 huruf tanpa mengira yang berulang. Jika dihitung semua huruf, termasuk yang berulang adalah sebanyak 68 huruf.
Bilangan perkataan 17. Bilangan huruf 68. Jika dijumlahkan keduanya:
17 + 68 = 85
Anehnya 85 adalah persamaan  dengan 5 x 17, iaitu bilangan solat 5 kali dan bilangan raka’at 17.

Bolehkah kita katakan bahawa semua angka dan bilangan itu berlaku secara kebetulan? Atau kita bertambah yakin bahawa Agama ini milik Allah Yang Maha Besar. Dia Yang Menurunkan dan Dia Yang Menyusun sebegitu rapi, kemas dan teliti?

Sumber: