Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan telah datang

Ramadhan telah datang
Menabur senyuman menatang keberkatan
Mengetuk pintu-pintu hati
Mengukir seribu janji
Yang tak pernah dimungkiri.

Siang berlapar malam berjaga
Al-Quran dibaca doa dipinta
Mengharap syafaat
Bebas dari api neraka.

Ramadhan telah datang
Tanda cinta ar-Rahman
Diturunkan al-Quran
Dipenjarakan syaitan
Ganjaran amal digandakan
Dosa-dosa lalu dihapuskan.

Apakah masih ada alasan
Perintah-Nya diabaikan
Sunnah Nabi diremehkan
Syari’at-Nya dibekukan
Kemungkaran dan maksiat berselerakan
Bayi-bayi dibuang tanpa kasihan
Wanita ditindas tiada pembelaan
Umat Islam dibunuh, dimanakah bantahan?
Palestin dijajah, al-Aqsa terancam

Ramadhan! Oh Ramadhan!
Bawalah umat ini
Kembali kepada al-Quran!

7 comments:

4464 said...

路過留言支持~~~..................................................

守何何何韋 said...

所有的資產,在不被諒解時,都成了負債............................................................

怡屏 said...

我是天山,等待一輪明月。......................................................................

mohamad said...

Salam, admin. Saya dengan rasa rendah diri memohon jasa baik tuan/puan agar saya boleh berkongsi input yang terdapat dalam blog ini ke dalam blog saya agar dapat dikongsikan bersama pembaca. daripada : mamat1977@yahoo.com

Maznah Daud said...

Salam saudara Mohamad, terima kasih atas hasrat saudara ingin berkongsi apa yang terkandung dalam blog ini, ambillah apa yang baik sebagai ikutan, yang tidak baik harap ditinggalkan.

佳張張張張燕張張張張張 said...

唯有用熱情、用智慧去觀察事物,這事物才會把他的秘密,洩漏給我們......................................................................

佳張張張張燕張張張張張 said...

打擾你實在不好意思, 你的blog很好看呢!!!!............................................................