And whatever good you do, (be sure) Allâh knows it. And take a provision (with you) for the journey, but the best provision is At-Taqwa (piety, righteousness). So fear Me, O men of understanding! (Al-Baqarah 2:197)
Sunday, October 28, 2012
Membahagiakan orang lain
Adakah anda susah hati?
Anda rasa sedih, serabut, keluh kesah dan seumpamanya?
Sesungguhnya penawar semua itu amat-amat senang dan dijamin berkesan. Betapa tidak? Ia merupakan penawar yang disediakan oleh Yang Maha Agung, Pemilik hati dan perasaan sekelian hambaNya.
Baca dan renung dengan jiwa yang tenang Hadis-hadis berikut:
1. Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)
2. “Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.
3. Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga.” At-Tabrani
Masya-Allah! Subhanallah!
Membahagiakan mukmin atau muslim, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga. Siapa yang tidak bahagia apabila mengetahui dia akan mendapat balasan syurga?
Ayuh wahai ibu dan ayah! Bahagian anak-anakmu dengan kasih sayangmu yang tiada sempadan.
Ayuh wahai anak-anak! Bahagiakan ibu bapamu dengan bakti dan ihsan sedaya mampumu, sama ada ibu bapamu masih hidup atau telah berangkat ke alam abadi.
Ayuh wahai suami! Bahagiakan isterimu dengan belaian mesra dan kata-kata yang indah lagi memberangsangkan.
Ayuh wahai isteri! Bahagiakan suamimu dengan wajah yang ceria dan layanan ikhlas semestinya.
Wahai muslimin dan muslimat! Bahagiakan saudara-saudaramu dengan sentiasa menghulurkan sedekah yang paling mudah, murah, tetapi sangat besar nilainya ketika berjumpa: sekuntum senyuman yang manis, terbit dari tangkai hati yang ikhlas, mengharap redha Ilahi.
Dan lebih daripada itu, bagi sesiapa yang berkemampuan di sana sini terdapat saudara kita yang menangis kelaparan, yang merengkuk kesejukan, yang tersiksa siang dan malam diburu kezaliman musuh yang tidak berperi kemanusiaan.
Ayuh hulurkan bantuan dan raihlah kebahagiaan seperti yang dijanjikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Membahagiakan yang selain muslim nggak berpahala?
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Allah SWT:
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: “Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah SWT maka Allah SWT mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah SAW bersabda: “(Berbuat baik) Setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala”. [Riwayat al-Bukhari}
Post a Comment