Sebagai muslim, kita tidak pernah ragu
bahawa sesungguhnya al-Quran merupakan Kalam Allah, mukjizat teragung yang
diturunkan kepada Rasul-Nya yang terakhir, Muhammad s.a.w.
Mukjizat bermaksud sesuatu yang melemahkan,
yang tidak mampu ditiru, ditandingi dan disaingi oleh mana-mana pihak. Ini
terbukti sejak mula diturunkan, Allah Ta'ala mencabar golongan musyrikin yang
enggan mempercayai kebenaran Nabi s.a.w. agar mendatangkan sebuah kitab yang
serupa, atau kalau tidak boleh, datangkan sepuluh surah, atau hanya satu surah.
Namun, semua cabaran itu tidak mampu dipenuhi sehinggalah ke hari ini.
Keajaiban dan keagungan Kitab Suci al-Quran
terbukti dari berbagai-bagai sudut; isi kandungan, gaya bahasa, cakupan ilmunya
dan bermacam-macam lagi.
Al-Muhandis dari Syria, Abdul Da'em al-Kaheel
mengkaji keajaiban al-Quran dari sudut sains dan angka, bilangan huruf serta
ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran.
Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab
dan ditulis dengan menggunakan huruf hijaiyyah (alif, ba, ta – sampai ya).
Sebagai contoh, ambil huruf
"QAF". Qaf adalah huruf pertama bagi perkataan Quran.
Beberapa surah tertentu dimulakan dengan
huruf hijaiyyah yang tidak disambung bacaannya dikenali sebagai huruf
muqatto'ah, seperti alif lam mim, alif lam ra, nun dan lain-lain. Terdapat dua
surah dimulai dengan huruf "QAF", iaitu surah "Qaf" dan
surah "asy-Syura" ('ain sin qaf). Kalau kita perhatikan semua
surah-surah yang dimulakan dengan huruf muqatto'ah, mengandungi penegasan
tentang kebenaran al-Quran dan wahyu yang diturunkan. Demikian juga surah
"Qaf" dan "asy-Syura".
Kedua-dua surah ini merupakan surah
makkiyyah. Qaf mengandungi 45 ayat, manakala asy-Syura 53.
Yang menakjubkan, di dalam surah Qaf yang
mengandungi 45 ayat itu terdapat 57 kali huruf "Qaf". Dan di dalam
surah asy-Syura yang mengandungi 53 ayat juga terdapat 57 kali huruf
"Qaf".
57 + 57 = 114 bersamaan dengan bilangan
surah di dalam al-Quran.
Apakah ini kebetulan, atau bukti
perancangan Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Teliti lagi Maha Mengetahui ....
No comments:
Post a Comment