Monday, March 03, 2014

DUNIA YANG KELABU




Langit yang membiru
Dilitupi selimut tebal yang kelabu
Awan putih yang berarak
Dilindungi tabir berlapis yang kelabu
Mentari yang bersinar
Menjadi sebiji bola merah yang suram
Tergolek di atas hamparan pepasir yang kelabu
Dedaun yang menghijau
Diasapi angin yang kelabu
Bangunan tinggi yang mencakar
Puncaknya tenggelam dalam lingkungan kelabu

Namun
Aku bersyukur
Mata hatiku tidak kabur
Imanku tidak luntur
Pandanganku tidak kelabu
Yang kelabu itu jerebu
Yang kelabu itu bencana
Hasil tangan manusia
Yang keliru

Justeru aku tahu
Langit, awan, daun-daun yang merimbun
Kelabu bukan warna asalmu
Kelabu bukan keindahanmu
Kelabu bukan fitrahmu
Engkau dan aku
Bersama menunggu waktu
Tersingkapnya kelabu
Dan langitpun kembali membiru

3 Mac 2014

2 comments:

Ct Zulaiha said...

salam kenal.

saya seorang pelajar di jordan dan mengikuti gerabak dakwah dan tarbiyyah under IKRAM.

semoga hati kita sama sama thabat pada jalan ini untuk mencari Ilahi.

Maznah Daud said...

Salam, amiiin