Satu daripada nama al-Quran ialah al-Furqan
yang bermaksud ‘yang membezakan’, iaitu yang membezakan antara haq dengan
batil, antara yang benar dengan yang palsu.
Dan di dalam al-Quran, terdapat satu surah
bernama al-Furqan, iaitu surah ke 25. Surah itu dimulakan dengan
(
تَبَارَكَ )
Perkataan (تَبَارَكَ ) di dalam surah tersebut
diulang sebanyak tiga kali: ayat 1, ayat 10 dan ayat 61.
Apa yang menarik?
Surah 25, ayat 1, 10, 61
2511061 adalah hasil 7 x 358,723
jika diterbalikkan:
1601152 adalah hasil 7 x 228,736
Sedia maklum, 7 adalah satu angka unik yang
sangat berkaitan dengan kebanyakan ajaran Islam serta kehidupan kita seperti
terdapat 7 hari di dalam seminggu, langit 7 lapis, al-Fatiha 7 ayat, tawaf 7
keliling, sujud di atas 7 anggota dan lain-lain.
Ini menunjukkan betapa rapinya susunan
ayat-ayat al-Quran sehinggakan nombor surah serta perkataan dan ayat-ayatnya
tidak diletak secara rambang. Bahkan semuanya diatur begitu rupa.
Mampukah manusia yang mengaturnya atau itu
merupakan perancangan yang Maha Mengetahui segala-gala?
No comments:
Post a Comment