Monday, June 02, 2014

Dr Munir Ghadhban

1 Jun 2014 – Makkah al-Mukarramah

Telah kembali ke Rahmatullah mantan Muraqib Aam Jamaah Ikhwan Muslimin Suria (Syria), Dr Munir Ghadhban di hospital tempat dia menerima rawatan setelah mengalami kesakitan yang lama.

Beliau merupakan seorang pemikir dan pendakwah yang aktif.

Lahir di al-Tall, Damsyiq tahun 1942.
Mendapat ijazah pertama dalam bidang syari'ah dari universiti Damsyiq tahun 1967. Diploma dalam pendidikan dari universiti yang sama tahun 1968. Sarjana dalam bidang Bahasa Arab dari Ma'had Buhuth wa Dirasat Arabiyyah, Cairo tahun 1972 dan doktor palsafah dalam bidang Bahasa Arab dari universiti al-Quran al-Karim, Sudan tahun 1997.

Beliau telah menulis beberapa buah buku. Yang paling masyhur ialah al-manhaj al-haraki lil-sirah an-nabawiyyah, fiqh as-sirah an-nabawiyyah, at-tarbiah al-jihadiyyah, at-tarbiah al-qiadiyyah, at-tarbiah al-jama'eiyyah, at-tarbiah as-siasiyyah. Buku al-manjah al-haraki lil-sirah an-nabawiyyah telah diterjemah ke bahasa Turki dan mendapat sambutan yang sangat hebat sehingga diulang cetak berpuluh kali. Buku fiqh as-sirah an-nabawiyyah pula mendapat anugerah khas Sultan Brunei pada thaun 2000.

Beliau menjadi Muraqib Aam jamaah Ikhwan Muslimin Suria tahun 1885. Juga memegang jawatan ketua majlis syura jamaah selama beberapa tahun. Beliau terpaksa berhijrah dan menetap di Saudi selepa berlaku bertembungan antara rejim Syria dengan jamaah mengikut akta 49 yang diluluskan pada tahun 1980. Menurut akta itu, semua mereka yang menganggotai tanzim Ikhwan dijatuhi hukuman bunuh.

Sumber:

Dia telah pergi mengadap Penciptanya dengan meninggalkan jasa dan sumbangan yang tidak ternilai. Kita bagaimana?



No comments: