Kali ni nak kongsi resepi jemput-jemput.
Hanya jemput-jemput? Ya. Walaupun hanya jemput-jemput, saya yakin pada janji
Allah bahawa sesuatu yang baik itu walaupun sebesar zarah jika dikongsi dan
diamalkan oleh orang lain akan tetap mendatang pahala. Dan alangkah berhajatnya
kita kepada pahala untuk menambah berat timbangan amal kebaikan.
Saya namakan Jemput-jemput Lazat Berserat
Bahan-bahan:
6 sudu besar (sb) tepung gandum
3 sb biji jagung frozen dikisar
2 sb quaker oats
2 sb udang halus @ geragau
1 sb ikan bilis yang halus juga
1 biji kentang dipotong halus
1 biji bawang besar dipotong halus
½ sudu kecil bikarbonat
garam
air
minyak untuk menggoreng
(semua sukatan adalah anggaran sahaja.
Boleh ditambah dan dikurang ikut citarasa sendiri)
cara-cara:
Gaulkan semua bahan, panaskan minyak, dan
goreng. In syaa Allah sedap.
No comments:
Post a Comment