Pada tahun 1500 Masehi, Ismail as-Sofawi
memimpin angkatan tentera untuk menguasai Iran dan menukarnya kepada sebuah
negara bermazhab syi'ah. Langkahnya itu dibantu oleh raja-raja Eropah,
terutamanya Portugal. Dutanya di negara China ketika itu, sewaktu melawan Iran telah berkata bahawa
Ismail as-Sofawi membangunkan gereja-gereja dan meruntuhkan masjid-masjid
sunnah. Portugal telah memberikan bantuan dengan menghantar 100,000 tentera
dari Armenia. Ia merupakan satu bilangan yang cukup
besar pada waktu itu. Begitu juga Portugal telah menghulurkan bantuan yang
besar untuk menikam kerajaan uthmani dari belakang selepas uthmani berjaya
menguasai sebahagian besar daripada benua Eropah.
Kekuatan Ismail as-Sofawi ketika itu bergantung
kepada:
-
Syi'ah Iran
-
Syi'ah luar Iran. Sesungguhnya
mereka telah dikurniakan rumah dan tanah secara percuma selepas ia dirampas
daripada Sunnah Iran.
-
Kekuatan tentera kristian
Armenia yang mendapat bekalan kewangan dari Eropah
-
Sesetengah tariqat sufi yang
diikuti oleh datuk kepada Ismail as-Sofawi. Datuk kepada Ismail as-Sofawi,
Sofiud-Din al-Ardubaily antara ahli sufi sunnah yang berpengaruh banyak
menyampaikan nasihat dan peringatan-peringatan.
Cara-cara Ismail as-Sofawi memalingkan ahli
sunnah yang merupakan penduduk majoriti di Iran kepada Syi'ah adalah seperti
berikut:
-
Membunuh ulamak dan imam-imam
masjid. Dikatakan bahawa dalam satu hari
dia telah membunuh seramai 13, 000 imam masjid
-
Mengepung bandar-banadar yang
diduduki ahli sunnah dan mengahncurkannya sebagaimana dilakukan ke atas bandar
Hirat tahun 1510M
-
Mengadakan persepakatan dengan
guru-guru sufi dan lain-lain dengan memahamkan bahawa Syi'ah adalah mazhab ke
lima daripada mazhab-mazhab Islam
-
Menghalau ahli sunnah Iran dan
membawa masuk pengikut Syi'ah dari luar Iran
-
Memaksa orang awam melakukan
syi'ar-syi'ar Syi'ah, memasang bendera syi'ah di rumah-rumah mereka dan di
jalan-jalan raya
-
Menuduh sesiapa yang mengkritik
upacara Syi'ah sebagai pengganas. Atau orang yang menentang operasi syi'ah
sebagai tentera bagi negara uthmaniah
Kalau kita perhatikan apa yang berlaku di
Iraq selepas kejatuhan Sadam Husain dan kemasukan tentera bersekutu sehingga ke
hari ini kita dapati kisah yang sama berulang. Ia seolah-olah filem lama yang
diulang penggambarannya. Kalau dulu filem hitam putih, sekarang filem berwarna
warni.
-
Kekuatan tentera bersekutu yang
dipimpin oleh Amerika datang kepada puak Syi'ah menerusi ketua pemerintah. Dia
telah membenarkan Iran yang dikatakan sebagai musuhnya membantu kerajaan
Syi'ah, bahkan menguasainya seperti yang dilakukan oleh tentera bersekutu yang
dipimpin oleh Portugal dahulu
-
Membantu kerajaan Syi'ah dengan
puluhan ribu tentera bersekutu kristian
Eropah, sama seperti mereka membantu Ismail as-Sofawi dengan 100,000 tentera
masehi.
-
Membunuh ulamak ahli sunnah dan
imam-imam masjid, sama sepenuhnya dengan apa yang dilakukan oleh Ismail
as-Sofawi
-
Mengepung bandar-bandar yang
diduduki oleh ahli sunnah dan menghancurkannya. Dan sesungguhnya Ismail
as-Sofawi telah melakukan perkara tersebut selepas 10 tahun daripada permulaan
thaurahnya. Dia telah memusnahkan bandar Hirat, Tabriz dan lain-lain pada tahun
1510 sama sepenuhnya dengan apa yang berlaku di Iraq selepas 10 tahun kejatuhan
rejim Sadam Husain
-
Mengadakan persepakatan dengan
sesetengah pimpinan keagamaan sunnah seperti yang dilakukan oleh Ismail
as-Sofawi ketika dia mengadakan persepakatan dengan golongan ahli sufi demi untuk melumpuhkan pemikiran
dan kesatuan ahli sunnah
-
Menghalau ahli sunnah dari
daerah yang mereka duduki dan menempatkan Syi'ah yang datang dari luar, iaitu
dari Iran, India dan Pakistan. Ini juga sama dengan apa yang dilakukan oleh
Ismail as-Sofawi sepenuhnya
-
Memaksa ahli sunnah melakukan
syi'ar-syi'ar puak Syi'ah, memasang bendera Syi'ah di jalan-jalan raya, di
bumbung-bumbung rumah. Ia adalah salinan lengkap daripada perbuatan Ismail
as-Sofawi dahulu
-
Menuduh mereka yang menentang
proses pensyi'ahan sebagai agen Saudi, Qatar atau Turki. Itulah juga yang
dilakukan oleh Ismail as-Sofawi dahulu
Sesungguhnya bandar-bandar ahli sunnah telah
bangkit menentang Ismail as-Sofawi selepas 10 tahun daripada thaurannya. Lalu dia
mengahancurkan bandar-bandar itu dan menguasainya dalam operasi yang dinamakan
sebagai Khurasan al-Kubra dan lain-lain dan menjadikannya sebagai bandar Syi'ah
sepenuhnya selepas penduduk asalnya dibunuh atau diusir. Dan inilah yang sedang
berlaku di Iraq sekarang. Selepas 10 tahun permulaan proses mensyi'ahkan Iraq
di tangan Ismail as-Sofawi versi baru dengan bantuan missionary yang baru,
bandar-bandar ahli sunnah bangkit menentang operasi itu.
Dan lihatlah apa yang
berlaku di Dayali, ahli sunnah yang dihalau dari rumah-rumah mereka tidak
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Orang yang enggan keluar dibunuh dan
diugut. Keluarga yang datang entah dari mana asalnya dibawa masuk supaya
menetap di kawasan itu.
Sesungguhnya
membesarkan isu ISIS dan menonjolkannya seolah-olah ia merupakan kekuatan
paling besar yang sukar dikalahkan merupakan satu tektik untuk menghalalkan
penumpahan darah yang bakal dilaksanakan di kawasan yang diduduki ahli sunnah, dan
menutup operasi pembunuhan dan pengusiran secara besar-besaran yang bakal
dilakukan. Sebenarnya ISIS tidak mampu mengusai pusat Bandar ar-Ramadi
sekalipun ia bermati-matian mencubanya. Begitu juga ia tidak mampu menguasai
Samuraa’ walaupun telah menanggung kerugian yang cukup banyak. ISIS bukanlah
satu kekuatan luar biasa sebagaimana yang digembar-gemburkan supaya kita
mempercayainya. Sebaliknya segala yang digembar-gemburkan secara
berlebih-lebihan tentang ISIS itu sengaja dibuat tidak lain tujuannya melainkan
menutup apa yang bakal mereka lakukan untuk menghancurkan Bandar-bandar ahli
sunnah dan membunuh seramai mungkin pengikut sunnah. Maka di ketika itu tidak akan
ada seorangpun di dunia ini yang akan membantah walau sebesar manapun
kehancuran yang dilakukan atau sebanyak manapun kerugian yang ditanggung kerana
mereka melihat semua itu merupakan kekalahan ISIS.
Justeru, sedar dan
bangkitlah sebelum kamu dilenyapkan. Bersatulah sebelum datang suatu hari nanti
orang akan berkata tentang Iraq: dulu tempat ini pernah diduduki ahli sunnah!
Terjemahan tulisan
Miqdad al-Hamdani, 7/2/2015
http://www.mrsa4.com/2015/02/07/20927/
No comments:
Post a Comment