Abu Dzar Jundub bin Junadah r.a. berkata:
"Saya bertanya Rasulullah s.a.w.:
wahai Rasulullah, amalan manakah yang paling afdhal?
Baginda menjawab: Iman kepada Allah dan
jihad di jalanNya.
Saya bertanya lagi: riqab (membebaskan
hamba) manakah yang paling afdhal? Baginda menjawab: yang paling bernilai di
sisi tuannya dan yang paling mahal harganya.
Saya bertanya lagi: sekiranya saya tidak
dapat melakukannya?
Baginda menjawab: kamu tolong orang yang
bekerja atau lakukan pekerjaan untuk bantu orang yang tiada pekerjaan.
Saya bertanya lagi: wahai Rasulullah,
sekiranya saya tidak mampu melakukan amalan-amalan itu?
Baginda menjawab: tahan diri kamu daripada
berbuat jahat kepada manusia. Itu merupakan sedekah daripada kamu kepada diri
kamu." Muttafaq 'alaih.
Beberapa pengajaran:
1.
iman juga termasuk dalam
kategori amal. Bukan hanya sekadar bercaya di dalam hati. Kemuncak iman adalah
jihad, berjuang dan berkorban demi menegakkan dan mempertahankan apa yang
diimani
2.
membebaskan hamba pada zaman
ini bolehlah diaplikasikan dengan sumbangan untuk membebaskan umat yang
ditindas dan dijajah, khususnya di Palestin, Syria dan lain-lain
3.
orang yang tidak mempunyai
harta untuk disumbangkan, tidak bermakna peluang beramal baginya telah
tertutup. Dia boleh menyumbang tenaga, kepakaran, idea dan lain-lain untuk membantu
pihak-pihak yang memerlukan
4.
dan sumbangan yang tidak kurang
besarnya adalah sentiasa menjaga diri baik perbuatan, perkataan serta kelakuan kita
dari menyakiti atau menzalimi orang lain, sama ada ahli keluarga, jiran
tetangga, rakan sekerja, pengguna jalanraya, pengguna media sosial dan banyak
lagi
5.
sentiasa fikirkan yang terbaik
dan yang bermanfaat untuk diri, agama, umat serta alam seluruhnya.
Allahu A'lam
No comments:
Post a Comment