Thursday, March 31, 2016

Orang yang berhak mendapat syafa'at Rasulullah s.a.w.


Abu Nu'aim al-Hafidz meriwayatkan dengan sanadnya daripada hadis Malik bin Anas daripada Nafi' daripada Ibn Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, aku akan berdiri di sisi mizannya (neraca timbangan amal pada hari akhirat). Sekiranya kebaikannya lebih berat daripada kejahatannya, dia selamat dengan kebaikannya. Tetapi sekiranya kebaikannya lebih ringan, aku syafa'atkan untuknya."


Lantaran itu, jika ada orang datang meminta pertolongan, jangan teragak-agak untuk menolong kalau mampu. Itu adalah rezeki yang Allah beri kepada kita.

No comments: