Kalau anda
fikir boleh, anda pasti boleh!
Itulah ayat
yang selalu kita dengar daripada para motivator.
Bagitu juga
dengan perkataan dan tindakan yang kita lakukan. Ia seringkali menyerlahkan apa
yang ada di dalam fikiran kita.
Termasuk juga
pandangan dan penilaian kita terhadap seseorang. Selalunya akan dipengaruhi
oleh persepsi yang telah sedia ada di dalam fikiran kita.
Sebagai contoh,
pandangan Firaun terhadap Nabi Musa ‘alaihissalam sebagaimana diceritakan di
dalam ayat berikut. Allah berfirman maksudnya:
“Nabi Musa
berkata kepada mereka (ahli sihir): "Campakkanlah dahulu apa yang kamu
hendak campakkan".
Lalu mereka
mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi
kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan
menang".
Kemudian
Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa
yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Maka
(kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri:
sujud,
Sambil
berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
"Tuhan
Nabi Musa dan Nabi Harun".
Firaun
berkata: " Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu?
Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu
kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong
tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu
semuanya".
Kita lihat
walaupun Nabi Musa menunjukkan mukjizat yang begitu jelas, namun Firaun tetap
tidak percaya. Sebaliknya menuduh pula bahawa Nabi Musalah yang mengajar ilmu
sihir kepada ahli-ahli sihir itu. Dia tetap tidak berganjak daripada anggapan awalnya
bahawa Nabi Musa adalah ahli sihir yang handal.
Sebaliknya ahli-ahli
sihir pula terus beriman kerana mereka yang mendalami ilmu sihir dapat
membezakan antara sihir dengan mukjizat. Sehebat manapun ilmu sihir yang mereka
pelajari dan kuasai tidak mungkin dapat menandingi apa yang dilakukan oleh Nabi
Musa. Apa yang dilakukan oleh Nabi Musa bukan sihir. Tetapi mukjizat yang tidak
mampu ditiru dan dipelajari. Ia datang dari Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.
Sekadar untuk
renungan dan muhasabah diri….
No comments:
Post a Comment