Awas!!!
Janganlah kamu
jemu menunggu saat doamu dimaqbulkan.
Jangan anggap
saat itu terlalu lama meskipun bertahun-tahun sudah berlalu.
Kamu hendaklah
melihat kelewatan itu dari sudut bahawa :
Dia adalah
Pemilik.
Dia Maha
Bijaksana di dalam mentadbir urusan makhlukNya.
Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik bagi hamba-hambaNya.
Dia Hendak
Menguji kamu agar terserlah hakikat iman yang terpendam di lipatan hatimu.
Dia Hendak
Melihat dan Mendengar luahan hati kamu.
Dia Hendak
Memberikan pahala atas kesabaranmu menunggu.
Dia Hendak
Membersihkan hatimu dari waswas dan godaan syaitan yang cuba memesongkan
keyakinanmu terhadap janjiNya.
Setiap satu
daripada sudut-sudut itu akan menguatkan keyakinanmu pada fadhilat dilewatkan
terlaksananya permintaanmu dan mendorong kamu untuk bersyukur dan memujiNya
kerana Dia memilih kamu untuk diuji, kemudian dengan ujian itu kamu menjadi
orang yang sentiasa bergantung kepadaNya, orang yang insaf bahawa dirinya
benar-benar faqir yang sentiasa mengharap kepada Yang Maha Kaya.
-
Ibn Jauzi, Soidul-Khatir, ms 94
No comments:
Post a Comment