Sedang tular
di media sosial khususnya WhatsApp seruan untuk menghimpunkan 20 juta bacaan
surah al-Fil dengan niat untuk menghancurkan segala pakatan musuh2 islam dan
para munafiq...dan selamatkan malaysia ini drpd musuh2 islam.....
Bukan hendak
menafikan mukjizat serta kelebihan al-Quran, tetapi timbul satu persoalan adakah
itu cara yang betul dalam memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran?
Surah al-Fil
diturunkan di Mekah. Ketika itu Rasulullah s.a.w. dan pengikut-pengikut baginda
di kelilingi musuh yang siang malam berusaha untuk menyekat perkembangan
dakwah. Sepanjang 13 tahun di Mekah Rasulullah s.a.w. tidak pernah melawan sama
ada dengan tangan, maupun dengan doa atau membaca surah-surah termasuk surah
al-Fil supaya para penentangnya dihancurkan. Sebaliknya baginda terus berdakwah
dan berdakwah sehingga akhirnya terpaksa keluar berhijrah meninggalkan tanah
air tercinta.
Di Madinah,
baginda terus berdepan dengan pelbagai ancaman dan tentangan dari segenap
penjuru sama ada dari dalam Madinah yang terdiri dari puak Yahudi dan munafiq
atau dari luar yang terdiri dari musyrikin Quraisy serta sekutu-sekutu mereka.
Keadaan ini
digambarkan oleh Ibn Kathir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ke 55 surah
an-Nur:
“Nabi
s.a.w. dan para sahabatnya r.anhum berada di Mekah selama lebih kurang 10 tahun
menyeru manusia kepada beriman dan menyembah Allah Yang Esa tanpa
mempersekutukanNya dengan sesuatupun secara diam-diam dalam keadaan ketakutan. Namun
mereka tidak diperintahkan berperang. Sehingga mereka diperintahkan berhijrah
ke Madinah, lalu mereka berhijrah ke sana. Selepas itu Allah izinkan mereka
berperang. Mereka sentiasa berada dalam keadaan takut dan berwaspada. Petang dan
pagi tidak meninggalkan senjata. Mereka terus bersabar sekian lama. Kemudian seorang
lelaki daripada sahabat berkata:
“Ya Rasulullah,
adakah sepanjang masa kita akan berada dalam keadaan takut seperti ini? Tidak akan
datangkah masanya kita menikmati keamanan dan meletakkan senjata kita?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kamu tidak perlu bersabar menunggu kecuali sekejap
saja. Akan datang satu masa kamu boleh duduk dengan selesa di tempat terbuka di
tengah-tengah manusia berhimpun tanpa bersama kamu besi (senjata).”
Perhatikanlah
jawapan Nabi s.a.w.
Adakah baginda
mengajak mereka beramai-ramai membaca surah al-Fil supaya musuh-musuh luar dan
dalam yang sentiasa mengancam segera tewas dan tersungkur?
Renung-renungkanlah…!!!
No comments:
Post a Comment