“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah sukakepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”
Surah al-Maaidah dimulakan dengan perintah supaya menunaikan janji: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian….”
Ayat ke 13 ini, Allah peringatkan kita tentang akibat memungkiri janji.
Ayat ini pada asalnya ditujukan kepada Bani Israel, yang mana Allah telah mengambil perjanjian setia dengan mereka supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Namun begitu, menurut ulamak Usul Fiqh: “al-‘ibrah bi‘umumi al-lafzi la bikhususi al-sabab”. Maksudnya, mengambil kira pada lafaz yang umum, bukan pada sebab yang khusus. Walaupun asalnya ditujukan kepada Bani Israel yang telah mengikat perjanjian dengan Allah kemudian mereka cabuli perjanjian itu, maka mereka dikenakan balasan yang disebut di dalam ayat di atas, ia menjadi peringatan dan pengajaran buat kita sekiranya kita melanggar dan mencabuli sesuatu perjanjian, dibimbangi balasan yang sama juga tertimpa ke atas kita.
Apakah balasan yang bakal menimpa ke atas orang yang mencabuli perjanjian?
Pertama: “Kami laknatkan mereka”
Kedua: “Kami jadikan hati mereka keras membatu”dan hati yang keras itu menjadikan mereka sukar untuk menerima kebenarandan mendorong mereka untuk “mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya.”
Ketiga: “Dan engkau sentiasa dapat melihat perbuatan khianatyang mereka lakukankecuali sedikit dari kalangan mereka (yang tidak berlaku khianat)”. Pengkhianatan menjadi darah daging, menjadi hidangan lazat yang menyelerakan. Mereka akan terus menerus melakukan pengkhianatan demi pengkhianatan tanpa rasa bersalah dan berdosa.
Sama-samalah kita berusaha mengelakkan diri dari sifat serta perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT, memungkiri janji; sama ada janji dengan diri sendiri, dengan manusia, dan lebih-lebih janji dengan Allah SWT.
#fastabiqulkhairat
#negara_rahmah
No comments:
Post a Comment