Sedia maklum bahawa al-Quran merupakan Kalam Allah Yang Maha Agung. Ia merupakan mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada Rasulullah s.a.w. yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana makhluk sampai bila-bila. Dalam ini, Allah Ta’ala menegaskan:
(قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآَنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا)
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".” (Al-Israa' 17:88)
Makhluk tidak mampu menghasilkan kitab yang sebanding dengan al-Quran walau dari aspek apa sekalipun.
Sebagai contoh, kita lihat ayat di atas dari segi bilangan huruf dan perkataan.
Ayat di atas terdiri dari 19 perkataan.
Bilangan hurufnya pula adalah 76 huruf.
Apakah kaitan antara 19 dengan 76?
76 adalah bersamaan dengan 19 x 4.
Huruf-huruf yang diguna di dalam ayat adalah terdiri daripada huruf (ق ل ي ا ج ت م ع ن س و ب ث هـ ذ ر ك ض ظ) iaitu sebanyak 19 huruf. Maknanya tidak semua huruf hijaiyah digunakan di dalam ayat itu. Hanya 19 hurufsahaja.
Di manakah mukjizatnya bilangan huruf dan perkataan ayat ini?
Bilangan perkataan 19
Bilangan huruf yang digunakan 19
Bilangan huruf di dalam ayat 76
Cuba kira 19 + 19 + 76 = 114 bersamaan dengan bilangan surah di dalam al-Quran
Adakah ini hanya satu kebetulan? Pastinya tidak! Malah ia bukti yang menunjukkan Allah yang maha merancang dan menghitung segala sesuatu.
Maha Suci Allah dari segala kelemahan dan kekurangan.
No comments:
Post a Comment