Saturday, June 06, 2020

Khatam al-Quran TIGA kali sehari

Ibn Kathir menyebut di dalam Tafsirnya daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Idza zulzilat menyamai separuh (1/2) al-Quran, qul Huwa Allahu Ahad menyamai satu pertiga (1/3) al-Quran, qul ya ayyuhal kafirun menyamai satu perempat (1/4) al-Quran.” Dikeluarkan oleh al-Tirmizi
Berdasarkan hadis di atas, untuk mendapat kelebihan seperti khatam al-Quran sebanyak TIGA kali, usahakanlah membaca setiap hari:
Surah al-Zalzalah 2 kali
Surah al-Ikhlas 3 kali
Surah al-Kafirun 4 kali
Bacalah secara berterusan sambil menghayati dan berdoa supaya Allah terima dan kurniakan hidayahNya di dunia dan akhirat.

No comments: