Sufyan bin ‘Uyainah meriwayatkan bahawa Mas’ad berkata:
“Telah sampai kepadaku perkhabaran bahawa satu malaikat diperintahkan supaya menunggang-balikkan bumidan menimbussebuah kampung yang penduduknya bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran.
Malaikat itu berkata: “Ya Tuhanku, di kampung itu ada fulan yang taat beribadat kepadaMu!”
Maka Allah mewahyukan kepadanya: “Oleh itu engkau mulakanlah musibah itu ke atas dirinya terlebih dahulu kerana sesungguhnya wajahnya tidak pernah sesaatpun berubah keranaKu! (Maksudnya dia tidak pernah sekalipun menunjukkan muka yang marah terhadap maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya) – daripada kitab Al-Tazkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Umuril-Akhirah, Al-Qurtubi (Wafat tahun 671H)
Allah ciptakan manusia untuk menjadi khalifahNya di bumi. Khalifah tidak disuruh memikirkan hal diri sendiri semata-mata, beribadah tidak henti-henti siang dan malam namun hal masyarakat yang bergelumang dengan maksiat tidak dihiraukan. Maka apabila tiba masa Allah menzahirkan kemurkaanNya terhadap pelaku maksiat, orang yang kuat ibadah itulah yang mula-mula diazab kerana kealpaannya dari menjalankan tugas sebagai khalifah Allah, mengajak kepada kebaikan dan menentang kemungkaran!
No comments:
Post a Comment