Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kesempatan kepada ana hadir ke konsert tersebut. Ia sungguh meriah, ceria dan menghiburkan.
Ana perhatikan ketika MZ menyanyi di atas pentas, kebanyakan hadirin yang terdiri dari pelbagai lapisan; kanak-kanak, remaja dan orang tua meninggalkan kerusi masing-masing dan pergi duduk bersila di hadapan pentas mahu menyaksi dan penghayati persembahan dari jarak yang sedekat mungkin. Dan apabila mereka diminta ikut menyanyi bersama, boleh dikatakan majoriti hadirin tanpa mengira usia mampu menyanyi bersama-sama dengannya. Mereka hafal lagu serta senikatanya.
Apabila MZ menyanyi insya-Allah, mereka ikut menyanyi insya-Allah.
Apabila MZ menyanyi barakallah, mereka ikut menyanyi barakallah.
Serentak dan senada dengan MZ.
Begitulah dengan lagu-lagu yang lain.
Alangkah besar pahala MZ dapat mengajak umat sama-sama berzikir dengannya.
Cuma yang ana musykil (maaf, bukan bermaksud nak mengata kepada sesiapa, sekadar untuk renungan dan muhasabah diri dalam melaksanakan misi dakwah yang berat ini) adakah mereka datang untuk berzikir atau untuk melihat dan menikmati persembahan MZ?
Ana terfikir, apakah dakwah melalui nyanyian lebih berkesan daripada dakwah dengan menyampaikan ceramah, forum, tazkirah dan seumpamanya?
Bayangkanlah, sebab ada persembahan nyanyian orang datang berduyun-duyun walaupun terpaksa membayar dengan harga yang 'mahal'.
Kalau mereka dijemput ke majlis, ceramah, forum, tazkirah dan seumpamanya, mahukah mereka datang dan bayar dengan harga yang sama?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Moga-moga Dia memimpin dan memberi petunjuk kepada kita jalan dan pendekatan terbaik dalam menyampaikan risalah Islam yang suci ini. Amin....!!!
1 comment:
Saya tidak menghadiri jadi tidak berhak utk memberi pandangan tetapi sekadar mencuba juga
memberi pandangan. Mind setting sebelum program bermula amat penting, memang org dtg nak tgk MHZ ... jadi alangkah baik penonton sentiasa diperingatkan agar sentiasa di dalam keadaan zikrillah ... sepanjang program kandungan nasyid diambil kesempatan jadi bahan celoteh tazkirah sekali sekali serius oleh MC .. memecah suasana santai yg adakala nya melalaikan.... Di akhir pgm di perbetulkan niat nya lagi... Wallahu a'lam
Post a Comment