Tuesday, October 12, 2010

Peringatan Salaf as-Soleh tentang waktu

Al-Hasan al-Basri berkata:

- Wahai anak Adam! Sesungguhnya dirimu adalah hari-hari yang engkau lalui. Apabila berlalu satu hari maka berlalulah sebahagian daripada dirimu!
- Wahai anak Adam! Siangmu itu adalah tetamumu. Maka berbuat baiklah kepadanya kerana sekiranya engkau berbuat baik kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia memujimu. Dan sekiranya engkau berbuat jahat kepadanya, ia pergi meninggalkanmu dalam keadaan ia mencelamu. Begitulah juga halnya dengan malammu.
- Dunia ini hanya ada tiga hari sahaja: semalam, esok dan hari ini. Adapun semalam, maka ia telah pergi membawa apa yang ada di dalamnya. Esok pula, mungkin engkau tidak sempat menyusulinya. Dan hari ini, itulah untukmu. Maka beramallah pada hari ini.

Ibn Mas’ud berkata:

- Tidak ada perkara yang paling aku sesali seperti mana aku menyesal apabila tenggelamnya matahari yang menandakan kian berkurang umurku sedang amalku tidak bertambah pada hari itu.

Ibn al-Qayyim berkata:

- Membuang waktu lebih bahaya daripada kematian kerana engkau membuang waktu akan menyebabkan engkau terputus hubungan dengan Allah dan hari akhirat, sedangkan kematian memutuskan hubungan engkau dengan dunia dan isinya.

As-Sirri bin Muflis berkata:

- Jika engkau bersedih kerana berkurangnya hartamu, maka sewajarnya kamu menangis kerana berlurangnya usiamu.

3 comments:

nadiahazhari said...

assalamualaikum ustazah,

semoga ustazah sentiasa dirahmati ALLAH. saya copy paste penulisan ustzah ye.....utk dikognsi bersama rakan2

Maznah Daud said...

wa'alaikumus-salam, silakanlah dik, moga Allah rahmati kita semua

wan zul uitm said...

salam, mohon ustazah sertakan sumber kata-kata tersebut untuk meyakinkan yg lain.