Risalah Mus'ab Hamid, seorang wartawan
kepada ayahnya yang ditangkap oleh rejim zalim, as-Sisi
Ayahku yang mulia lagi disanjungi
Ayahku, insan yang paling disayangi oleh
hatiku
Semoga Allah jadikan engkau thabat wahai
madrasah tempat mengajar erti kepahlawalan dan keteguhan
Aku mengenalimu sebagai singa yang garang.
Engkau tidak tidak takut kecuali Allah.
Engkau tidak rela kezaliman dan tidak
menyerah kalah
Aku berhak untuk berasa bangga denganmu di
pentas dunia dan berkata:
Inilah ayahku, Abdullah Hamid!
Maka tunjukkan kepadaku wahai semua, siapa
ayahmu!
Semoga Allah bebaskan engkau dari tawanan,
wahai ayahku.
Aku tidak pernah mengetahui satu haripun
engkau mengharap sesuatu daripada dunia ini kecuali redha Allah.
Manusia menyangka engkau tidak pandai
mengumpul harta, pada hal engkau sebenarnya zuhud, tidak tamak kepada harta
Dunia sering melutut di bawah tapak kakimu dengan
bermusafir ke sana ke sini
Tetapi engkau berkata, siapakah nanti yang
akan membangunkan Mesir?
Sering kali Mesir menyakitimu sedangkan
engkau berusaha membinanya
Hampir saban malam engkau habiskan dengan
kerisauan memikirkan kesengsaraannya.
Berapa banyak usaha telah engkau curahkan
untuk kebaikan manusia tanpa sebarang ganjaran yang engkau terima
Telah sekian kali engkau disumbat ke dalam
penjara oleh puak yang zalim dengan senyuman di bibirmu yang tidak mampu
difahami oleh penyiksamu erti di sebalik senyuman itu
Engkau mengajar kami bahawa gentelmen itu
ada pada keteguhan pendirian
Menjadi kebiasaanmu menanti ujian dengan
beberapa rakaat solat sunat
Setiap kali mereka hendak menangkapmu,
mereka terpaksa menunggu engkau di musollamu
Kami menyeru engkau supaya turun agar
mereka tidak meredah ke tempatmu
Lalu jawapanmu Allahu Akbar, engkau
memulakan solat beberapa rakaat
Ya Allah, aku amanahkan ayahku kepadaMu,
maka peliharalah dia wahai Tuhan sekelian hamba.
Sumber:
No comments:
Post a Comment