Wednesday, August 07, 2013

Indahnya Ukhuwwah Islamiyyah


Penganalisis politik, Ahmad Fahmi berkata:

Semoga Allah terima daripada kami dan daripada kamu amal-amal yang soleh.

Setiap kali saya melihat kepada mereka yang berhimpun di medan-medan dalam suasana penuh kasih sayang dan bertolak ansur, mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain, bahkan mereka tidak pernah berjumpa atau bersua muka, namun mereka berhimpun dalam keadaan hati mereka bercantum mesra, padahal sebelum ini mereka berpecah, berbeza manhaj dan berlainan jamaah. Melihat semua itu, saya teringat firman Allah yang bermaksud
"(Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal:63)

Mereka mencari titik persamaan di dalam fikrah demi mencapai matlamat yang satu, mereka menerima kelainan pandangan, belajar bagaimana mengurus perbezaan, dan bagaimana mengukuhkan ikatan ukhuwwah meskipun masing-masing mempunyai pendapat yang tidak sama.

Sesungguhnya itulah “Tabiyyah Rabi’ah” dan “An-Nahdhah”. Saya  yakin bahawa kami akan banyak menggunakan istilah ini pada tahun-tahun mendatang bagi menyifatkan ketinggian akhlak Islam dan tingkah laku penganutnya.


Sumber:
http://www.egyptwindow.net/news_Details.aspx?News_ID=32638

No comments: