Monday, November 18, 2013

Berhati-hati memfoward!!!

Semalam saya menerimana satu mesej menerusi WhatsApp seperti berikut:

“Adakah kita sedari...???
Acheh
Tsunami
26-12-2004,
Jogja
Gempa
26-05-2006
Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010
Guru Merapi
Meletus
26-10-2010
Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013
Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!         
Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb
Adakah ini satu kebetulan??
Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26
Allah SWT telah berfirman
Mafhumnya:
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".
Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!         
Jika sudi..
Sampaikanlah SMS ini kepada hamba Allah yg lain..”
Untuk mendapat kepastian, saya bertanya pengirim mesej, juzuk 26, surah apa dan ayat ke berapa?

Malangnya, pengirim menjawab, dia pun tak tahu, cuma fowardkan saja. Masya' Allah!

Tak lama selepas itu saya terima mesej daripada pengirim lain bahawa juzuk 26 yang dimaksudkan di dalam mesej itu daripada bible, bukan al-Quran! Ini mesejnya:

Tak pasti sejauh mana pula benarnya, kata-kata itu daripada bible. Pengajarannya, amat penting untuk kita berhati-hati apabila menerima sesuatu mesej. Pastikan terlebih dahulu betul atau tidak sebelum di sebarkan. Apalagi jika di dalam mesej itu mengandungi al-Quran atau Hadis. Inilah adab yang diajar oleh al-Quran kepada kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat:6)

Jika tidak betul apa yang disampaikan, maka secara tidak disedari kita telah berbohong kepada Allah dan Rasul. Orang yang berbohong kepada Allah dan Rasul, tersedialah tempat duduknya di dalam neraka, na'uzubillahi minzalik.

6 comments:

Ain said...

Setuju. Ramai orang sekarang tidak selidik dahulu sesuatu berita sebelum share. Saya teringat dulu ada orang share Christiano Ronaldo pakai kopiah dekat facebook. Saya dah syak something not quite right. Bila saya selidik guna Google Image search, sebenarnya dalam gambar tu dia pakai topi baseball biasa je. Cuma sebab dia pakai topi tu backward (tambahan pulak warna putih), dari pandangan depan nampak macam kopiah. Walaupun mereka yang share gambar mungkin punya niat baik (mahu orang doakan Chriatiano masuk Islam), still matlamat tidak menghalalkan cara.

Unknown said...

Dalam juzuk 26, al quran terkandung 6 surah iaitu :-
1) Al Ahqaaf (bukit-bukit pasir) menceritakan
- kebenaran tauhid dan kebathilan syirik
- kewajipan menghormati ibu bapa
- kehancuran kaum 'Aad
- penyiaran Al quran pada golongan jin

2) Muhammad ( Nabi SAW) menceritakan :
- ketentuan ketentuan peperangan dalam islam

3) Al Fath-h (kemenangan) menceritakan :
- perdamaian hudaibiyah adalah satu kemenangan yang besar bagi kaum Muslim

4) Al Hujuraat (kamar-kamar) menceritakan :
- tatakarma terhadap Rasulullah SAW
- peraturan tentang pergaulan umat islam

5) Qaaf menceritakan:
- hari berbangkit

6) Adz Dzaariyaat ( angin yang menerbangkan) menceritakan:
- penegasan tentang hari berbangkit
- kisah tentang umat- umat yang dahulu yang mendustakan para nabi.

Setelah saya baca setiap terjemahan dalam Alquran ini tiada satu pun terjemahan memberi makna "sedikit waktu lagi Aku akan langit dan bumi, laut dan darat"... 

Hati hati dengan apa yang anda sebarkan... Wallahualam...
Ni dari kawan aku, lepas dia beri aku terus semak
Dlm Al-Quran Juz ke 26 tiada ayat seperti di atas, yg ada hanya dlm Bible Alkitab, surah Hagai 2:6
Sebab saya tgk benda ni disebarkan secara meluas kat fb dgn whatsapp, bila google rupanya sumber dari bible, takut propaganda dari org kristian.. Saya tak arif, tapi saya rujuk www.surah.my utk terjemahan Al-Quran
Terjemahan bible boleh rujuk http://alkitab.sabda.org/bible.php

Nieyl H. said...

Setuju jugak. Sebelum ini ada dapat perkara yang sama melalui wechat tetapi sudah dimaklumkan kepada teman yang berkenaan untuk memadam kembali post beliau. Ini kerana semasa saya mencari maklumat berkenaan apa yang diperkatakan bagi tujuan pengesahan, ayat tersebut hanya dijumpai dalam Alkitab, surah Hagai 2:6. Pada saya, kalau betul sesuatu ayat itu diambil dari Al-Quran, kenapa tiada dari surah mana ayat itu diambil. Bukan mempersoal, cuma atas dasar keperluan pengesahan. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini.

sham said...

mungkin ayat yg ada relevennya ialah ayat no 27 surah al ahqaf

Unknown said...

Izin share bang