Shaimaa', puteri kepada Dr Mursi, presiden
Mesir yang sah berkata bahawa ayahnya enggan menjawab panggilan terakhir
daripada presiden Amerika Obama pada 28 Jun 2013 yang lalu. Alasannya ialah dia
sedang bersiap untuk solat Jumaah dan beberapa urusan penting tentang negara.
Shaimaa' berkata, 28 Jum 2013 merupakan
hari pertama rakyat mula berhimpun di Rabi'ah al-'Adawiyyah. Setengah jam
sebelum solat Jumaat, ayahnya dihubungi oleh setiausahanya bahawa Obama berada
di talian dan dia hanya mempunyai masa 10 minit untuk bercakap dengan presiden
Musri. Ayahku menjawab: "Beritahunya aku sedang sibuk. Aku sedang bersiap
untuk solat Jumaat. Selepas itu aku ada mesyuarat penting. Di hadapanku
sepanjang hari sibuk dengan urusan dalaman. Suruh dia berhubung sekali lagi,
aku akan peruntukkan 5 minit untuk bercakap dengannya." Dan dia meletakkan
gagang telefon.
Aku tergamam seketika sebelum dia
memberitahuku bahawa yang menghubungi sebentar tadi adalah Obama. Ayah berkata kepadaku: "Aku adalah
presiden Republik Arab Mesir, Negara Islam terbesar. Dia hendak bercakap
denganku mengikut jadualnya. Aku yang menetapkan bila jadualku untuk bercakap
dengannya."
Shaimaa' mengulas, tentu sekali aku
merasakan bahawa aku berada di hadapan satu lembaran daripada lembaran sejarah
yang jauh menjangkau ke masa silam. Aku duduk terpaku di tempatku di selubungi
perasaan bangga dan bahagia. Ayah memandang kami dengan senyuman yang tenang
lagi nyaman. Dan diapun keluar pergi solat.
Itulah hari ketika kita sedari kita mulia.
http://www.islammemo.cc
No comments:
Post a Comment