Tinjauan yang dilakukan oleh saluran TV2
Ibri menunjukkan bahawa 30% daripada zionis mengkaji dengan serius untuk
berhijrah daripada "Israel" jika mereka berpeluang berbuat demikian,
selepas tragedi serangan ke atas Gaza.
Saluran tersebut melakukan tinjauan selepas
10 hari gencatan senjata untuk mengetahui reaksi masyarakat terhadapnya.
Tinjauan itu menggambarkan bahawa meninggalkan "Israel" tidak lagi
dianggap sebagai pengkhianatan terhadap tanah air sebagaimana anggapan
terdahulu. Malah penghijrahan dianggap sebagai peluang ke dua untuk hidup.
Saluran TV itu juga mengadakan pertemuan
dengan mereka yang telah berhijrah ke negara-negara Eropah di mana mereka
menyatakan kebahagiaan mereka selepas berhijrah dari "Israel". Mereka
berkata, tidak mungkin mereka akan menanggung rasa takut, tertekan, kesempitan
ekonomi buat selama-lamanya. Sebahagian mereka pula sedang berusaha untuk
mengatur kempen hijrah secara beramai-ramai.
Kini telah muncul sebuah lagu baru dalam
bahasa Ibri bertajuk "Berlin" di mana seni katanya mengandungi seruan
agar berhijrah dari "Israel" ke Berlin pada tahun 2014, berlawanan
dengan suasana yang berlaku selepas perang dunia ke dua, yang mana kempen pada
masa itu hijrah dari Berlin ke "Israel"
Antara senikata yang terdapat di dalam lagu
itu menyebut bahawa datuk-datuk mereka berhijrah ke "Israel" bukan
kerana cintakan zionis. Sebaliknya kerana takutkan mati di tangan Nazi. Dan
hijrah dari "Israel" ke Berlin pada hari ini juga adalah kerana
takutkan mati.
Keseluruhannya tinjauan itu mendapati
bahawa 64% daripada zionis mengubah pandangan mereka terhadap orang yang ingin
berhijrah. Mereka tidak lagi dipandang negatif seperti masa-masa lalu. Hanya
36% yang masih memiliki pandangan yang sama seperti sebelumnya.
Sumber: www.palinfo.com (5-9-2014)
No comments:
Post a Comment