Untuk berkhalwah dengan Allah,
-
anda tidak perlu membuat
appointment terlebih dahulu. Dia sedia menerima anda pada bila-bila masa yang
anda mahu. Anda yang tentukan waktunya – alangkah Pemurahnya Engkau Ya Allah
-
anda tidak perlu meminta maaf
jika anda mengambil waktu yang lama bersama denganNya kerana Dia mencintai anda
dan Dia suka mendengar luahan hati anda – alangkah Penyayangnya Engkau Ya Allah
-
anda tidak perlu meminta maaf
jika anda mengulang-ulang perkara yang sama setiap kali berjumpa kerana Dia
suka orang yang merengek-rengek ketika meminta denganNya – alangkah agungnya
Engkau Ya Allah
-
anda tidak perlu mempunyai
kemahiran menyusun tatabahasa yang indah berserta dengan hujjah-hujjah yang
berjela-jela untuk mengangkat permohonan anda kerana Dia amat mengetahui dan
memahami keperluan anda – alangkah dekatnya Engkau Ya Allah
-
anda tidak perlu berasa serba
salah jika air mata anda meleleh atau perkataan anda tersekat-sekat kerana
sifat lemah dan hina di hadapanNya merupakan satu kekuatan dan kemuliaan –
alangkah penyantunnya Engkau Ya Allah
-
anda tidak perlu berasa segan
silu untuk mengaku kesilapan anda atau berasa takut nanti terpaksa menanggung
bebanan berat atas pengakuan itu kerana pengakuan itulah sebenarnya yang Dia
suka – alangkah lembutnya belaianMu Ya Allah
-
dan akhirnya selepas
detik-detik khalwah itu berakhir dan anda beredar selepas menyampaikan segala
permasalahan serta hajat anda, anda tidak perlu risau apa-apa lagi. Dia akan
menguruskan untuk anda apa yang terbaik untuk anda, masa sekarang dan akan
datang tanpa anda menyedarinya.
Maka berbahagialah mereka yang selalu
berkhalwah dengan Allah Yang Esa
Ketika anda berdoa kepadaNya, maka
bergembiralah kerana sesungguhnya anda tidak akan keciwa; sama ada Dia akan
memenuhi hajat anda, atau menjauhkan anda dari bencana, atau mencatat pahala
berganda-ganda.
No comments:
Post a Comment