Wednesday, April 13, 2016

MARI BERDOA


Di kala kita berdoa dan meminta daripadaNya, bermakna kita yakin Dia:
  • maha mendengar kerana kalau Dia tidak mendengar Dia tidak tahu apa yang kita minta
  • pemilik segalaa-galanya kerana kalau Dia tidak memiliki Dia tidak dapat memberi apa-apa   kepada kita
  • maha kaya kerana Dia sentiasa memberi kepada semua makhluk yang meminta juga yang tidak meminta, namun apa yang ada padaNya tidak pernah susut
  • maha pemurah kerana kalau Dia tidak pemurah Dia tidak akan memberi walaupun Dia kaya
  • mempunyai kehendak kerana kalau Dia tidak mempunyai kehendak Dia tidak akan peduli apa permintaan kita
  • maha kuasa kerana kalau Dia lemah Dia tidak mampu tunaikan hajat kita walaupun Dia mahu menunaikannya
  • maha bijaksana  kerana Dia memberi apa yang kita perlukan dan bila harus diberikan bukan apa yang kita mahu pada masa yang kita pilih
  • maha penyayang kerana Dia tidak pernah mensia-siakan permohonan kita, sebaliknya semua permohonan ditunaikan dengan memberikan apa yang kita mohon, atau ganti yang lebih baik, atau mengelak bencana dari menimpa kita.


Sebab itu dikatakan bahawa doa adalah otak ibadah. Doa adalah manifestasi seorang hamba mengenal Penciptanya, meyakini sifat-sifat kebesaranNya yang maha sempurna, lalu menghimpunkan seluruh jiwa dan raganya tunduk dan patuh, menyembah dan mengabdikan diri kepadaNya semata-mata.

No comments: