Mari kita
perteguhkan penghayatan akan matlamat hidup kita dan peranan yang dituntut oleh
Pencipta kita
8 Mac
setiap tahun dijadikan Hari Wanita Antarabangsa. Ia disambut bagi meraikan dan
menghargai pengorbanan wanita-wanita di seluruh dunia.
Sebagai insan
yang diberi hidayah mengenali Allah sebagai Pencipta dan beriman denganNya,
tidak ada yang lebih bermakna selain daripada berilitizam dan beristiqamah di
atas jalan lurus yang dibawa dan dipimpin oleh Rasul utusanNya.
Allah s.w.t.
yang menciptakan lelaki dan wanita dari satu jiwa tidak pernah membezakan
kedudukan dan peranan kedua-duanya. Allah mentaklifkan lelaki dan wanita agar
beriman dan beramal soleh sebagai syarat untuk mencapai kehidupan yang bahagia,
sejahtera, riang gembira, aman dan damai di dunia serta ganjaran yang tidak
ternilai di akhirat sana.
“Sesiapa
yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih
dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Al-Nahl 16:97)
“Dan
sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia
beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya
(atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.” (An-Nisaa'
4:124)
Bukan
sekadar itu.
Lelaki dan
wanita bukan sahaja dituntut supaya melakukan amal soleh dalam lingkungan yang
terbatas pada diri sendiri semata-mata, sebaliknya mereka dituntut agar saling
bantu membantu dalam memperbaiki dan mengislahi masyarakat; mengajak manusia
melakukan kebaikan dan menegah mereka dari melakukan kejahatan.
Ini kerana hidup
kita tidak terpisah daripada masyarakat. Kita adalah sebahagian daripada masyarakat
dan terbentuknya masayarakat adalah dengan kewujudan kita. Jadi sekiranya
anggota masyarakat yang mana wanita adalah separuh daripadanya dan wanita juga
yang melahirkan yang separuh lagi itu, tidak memainkan peranan mengajak kepada
kebaikan dan mencegah kemungkiran maka seluruh masyarakat akan rosak dan porak
peranda.
“Dan orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya
yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat
kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah
dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah
9:71)
Maka
bersempena dengan hari yang dikenali sebagai hari wanita antarabangsa juga
hari-hari yang bakal menjelma dengan izinNya, hari-hari yang kita masih diberi
nafas di atas dunia yang sementara, marilah kita perteguhkan kefahaman,
memperkuatkan keazaman untuk beriltizam dan beristiqamah menjadi insan soleh
dan musleh, memperbaiki diri dan mengajak kepada kebaikan, menjauhi kemungkaran
dan mencegahnya.
Kemungkaran
yang paling besar serta mengancam kesejahteraan masyarakat adalah penafian hak lelaki
dan wanita untuk mendapat keadilan, kebebasan dan persamaan yang diperakui oleh
Pencipta untuk semua makhluk ciptaanNya.
No comments:
Post a Comment