Malam ini malam ke
27 Ramadhan. Malam paling popular dikaitkan dengan Lailatul-Qadar.
Sebahagian ulamak
termasuk Ibn Abbas r.a. mengambil ilham daripada surah al-Qadar itu sendiri
seolah-olah memberi petunjuk bahawa malam itu jatuh pada malam ke 27.
Perhatikan susunan
ayat-ayat di dalam surah tersebut yang mengandungi 30 perkataan:
إنا ١
أنزلناه ٢
في ٣
ليلة ٤
القدر ٥
وما ٦
أدراك ٧
ما ٨
ليلة ٩
القدر ١٠
ليلة ١١
القدر ١٢
خير ١٣
من ١٤
الف ١٥
شهر ١٦
تنزل ١٧
الملائكة ١٨
والروح ١٩
فيها ٢٠
بإذن ٢١
ربهم ٢٢
من ٢٣
كل ٢٤
أمر ٢٥
سلام ٢٦
هي ٢٧
حتى ٢٨
مطلع ٢٩
الفجر ٣٠
Surah al-Qadar mengandungi 30 kalimah (perkataan). Ia sama
dengan bilangan juzuk al-Quran.
Bilangan huruf di dalam surah al-Qadar pula adalah 114 huruf.
Ia sama dengan bilangan surah al-Quran.
Kalimah atau perkataan (
هي) gantinama yang merujuk kepada
malam al-Qadar berada pada bilangan ke 27.
Perkataan al-Qadar
di dalam surah diulang sebanyak 3 kali, iaitu pada bilangan ke 5, ke 10 dan ke
12.
Jika dicampur
bilangan-bilangan itu, ia bersamaan dengan 27 (5+10+12=27) سبحان الله
Ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk mengatakan
Lailatul-Qadar itu malam ke 27.
Allahu A’lam.
#LailatulQadar
No comments:
Post a Comment