Imam Ibn Majah meriwayatkan sepotong hadis daripada Anas bin Malik r.a.:
“Sesungguhnya sebahagian daripada manusia itu anak kunci (pembuka) kepada kebaikan dan kunci (penutup) kepada kejahatan. Dan sebahagian lain pula anak kunci (pembuka) kepada kejahatan dan kunci (penutup) kepada kebaikan. Maka berbahagialah bagi mereka yang Allah jadikan anak kunci kepada kebaikan di tangannya. Dan celakalah bagi mereka yang Allah jadikan anak kunci kepada kejahatan berada di tangannya.”
Hadis di atas meskipun terdapat kelemahan dari segi sanadnya ia diperkuatkan dan ditampungi dengan pelbagai dalil yang lain. Imam Al-Albani meletakkannya dalam kategori hasan. (ar.islamway.net)
Perhatikanlah apa yang ada di tangan masing-masing!
Adakah anak-anak kunci untuk membuka pintu-pintu kebaikan atau anak-anak kunci untuk membuka pintu-pintu kejahatan.
Nabi s.a.w. menyebut dalam hadis itu dengan lafaz jamak (mafatih bukan mufradnya, miftah)
Maksudnya anak kunci itu bukan satu. Maka berusahalah mencari pintu-pintu kebaikan untuk dibuka. Jika terserempak atau ternampak pintu-pintu kejahatan sedang terbuka atau mula hendak terbuka, segeralah menutupnya dan menguncinya rapat-rapat dan kejap-kejap.
No comments:
Post a Comment