Wednesday, October 21, 2020

SAHKAH NIKAHKU?

 

“Eh, kenapa belum bersiap lagi? Setengah jam saja lagi imam akan sampai.” Bukan main terperanjat Puan Zaleha apabila mendapati anaknya yang bakal diijab qabulkan sebentar lagi masih termenung di atas katil yang telah dihias indah itu.

Nini merenung tepat ke wajah ibunya. Wajahnya mencuka. Ada masalah besar yang mengganggu fikirannya.

“Nini... apa masalahnya?” 

“Nini tak nak nikah hari ni!”

Wajah Puan Zaleha berkerut. Apa pula masalah anak bongsunya ini? Sejak awal dia mengatur penjodohan Nini dengan anak sahabatnya Nini tidak pernah membantah walaupun dia tidak pernah mengenali jejaka itu dari dekat dan tidak pernah berdating memadu cinta sebagaimana anak-anak muda lain. Malah Nini sendiri yang mencadangkan tarikh aqad nikah pada hari ini. Katanya, dia hendak bernikah sama tarikh dengan pernikahan Mama dengan Abah supaya dapat sambut anniversary sama-sama. Kenapa apabila tiba saat yang ditunggu-tunggu Nini bersikap begini?

 

“Kenapa Abah jemput Pak Lang datang?”

“Mestilah jemput. Pak Lang kan abang kandung dia. Bapak saudara Nini. Kenapa tak boleh jemput?” 

“Nini takut perkahwinan Nini tidak sah kalau Pak Lang jadi saksi.”

Jawapan Nini membuat Puan Zaleha bertambah pening. Kenapa begitu? Apa yang Nini fikirkan sebenarnya?

“Kenapa Nini takut tidak sah? Kerana dia aktif dalam parti tu ke? Nini telah terpengaruh dengan Amanat Tuan Guru yang mengatakan parti Pak Lang tu kafir dan taghut?” Puan Zaleha menduga.

“Apa lah mama ni? Nini pun tak pernah masuk parti dia, takkan lah Nini terpengaruh dengan amanat dia pulak?”

“Jadi, kenapa?”

“Mama ingat tak masa Dato’ Seri Anwar dituduh liwat dahulu?”

“Ingat. Tapi apa kaitan dengan aqad nikah Nini pagi ni?”

“Itulah yang Nini risaukan, Mama.”

“Kenapa? Mama masih belum faham.”

“Bukankah Pak Lang antara orang yang terlibat menyibarkan tuduhan itu? Orang yang menuduh orang lain berzina dan meliwat kemudian tidak mengemukakan empat orang saksi, dia kena sebat 80 kali dan persaksiannya tidak diterima. Mama dah lupa?”

 

Puan Zaleha terkedu seketika. Baru dia faham apa yang Nini risaukan.

“Dah lama tu. Mungkin dia telah bertaubat.”

“Mama tahukah dia telah bertaubat? Dalam kuliah tafsir yang kita dengar hari tu, kalau bertaubatpun, menurut sebahagian ulamak dia hanya lepas dari sifat fasiq sahaja. Dia tetap tidak layak menjadi saksi kecuali dia membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia sebenarnya telah berbohong dan mereka-reka cerita dusta ketika dia menuduh si fulan itu berzina atau meliwat. Mama pernah dengar Pak Lang membuat pengakuan itu?”

Puan Zaleha menggeleng.

 

“Apa yang kamu berdua buat ni? Nini, kenapa belum siap?”

Tiba-tiba Haji Seman datang menjenguk. Dia resah apabila mendapati Nini dan ibunya belum keluar. Tetamu sedang mununggu di luar.

Nini dan ibunya berpandangan. Puan Zaleha membuka mulut.

“Nini tak mahu Pak Langnya jadi saksi. Takut tak sah nikahnya.”

 

Haji Seman tersenyum. 

“Abah tahu apa yang Nini risaukan tu. Dia hanya hadir saja. Tak jadi saksi. Kita jemput dia sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua di dalam keluarga. Ramai orang lain yang akan jadi saksi. Jangan risau. In syaa Allah nikah Nini sah.”

 

“Dengar Abah cakap tu. Cepat siap!”

Puan Zaleha mengusap belakang serta mencium dahi anaknya. Kemudian melangkah keluar.

No comments: