Wahai Ikhwan,
Sesungguhnya kami benar-benar percaya dengan yakin bahawa di mana saja terdapat orang Islam, di situ terdapat bersama mereka kebaikan walau seteruk manapun keadaan semasa, seburuk manapun kerosakan umat manusia, sehebat manapun kebatilan dan sekuat manapun para pendokongnya.
Maka hendaklah kamu wahai Ikhwan, sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agamamu serta sunnah nabimu s.a.w.
Hendaklah kamu serlahkan cahayanya pada dirimu, pada keperibadianmu.
Jangan keluarkan apa-apa daripada dirimu kecuali kebaikan.
Jangan kamu tuang dan simpan di dalam dadamu kecuali sekeping hati yang melimpah dengan kasih sayang, kemesraan, simpati dan empati.
Unjukkanlah kepada manusia anak tangga menuju ke arah ketinggian dan kesempurnaan, bukan dengan perkataan semata-mata, sebaliknya dengan amalan yang diredhai Allah dan rasulNya, amalan yang selari dengan agamamu yang lurus dan sejarahmu yang unggul.
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (A-li'Imraan 3:110)
- Imam Hasan Al-Banna, Nadzarat fi Al-Quran.
No comments:
Post a Comment