Sabah lawyer gets judgment against
Hadi
Demikian tajuk berita yang saya
temui di http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=112056
Pengajaran yang saya dapat
daripada berita itu, sekiranya ia benar adalah:
Pertama – apa yang diputuskan oleh
mahkamah di dunia bukanlah sesuatu yang mutlak benar. Nabi s.a.w. sendiri
pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia. Dan
sesungguhnya kamu bertelagah di
hadapanku. Maka boleh jadi sebahagian kamu lebih petah berhujjah berbanding
yang lain, lalu aku membuat keputusan berpihak kepadanya berdasarkan apa yang aku
dengar daripadanya. Maka sesiapa yang aku putuskan sesuatu untuknya, sedang
hakikatnya hak itu milik saudanya, janganlah dia mengambil sesuatupun daripada
hak saudaranya itu. Sesungguhnya mengambil apa yang aku putuskan itu seperti mengambil
seketul api neraka.” Riwayat Malik daripada Hisyam bin Urwah.
Kedua – kalaulah betul TGHH
bersalah, maka ia sesuatu yang normal. Manusia, walau setinggi mana kedudukan,
sehebat mana kepandaian tidak maksum kecuali para nabi dan rasul ‘alaihimussolatu
wassalam. Kemuliaan seseorang insan itu bukan kerana dia tidak pernah buat
salah, tetapi kemuliaannya ialah dia mengetahui ada Tuhan yang Maha Pengampun,
lalu segera bertaubat dan memohon ampun apabila melakukan kesalahan dan
kesilapan. Di dalam surah Aali ‘Imran ayat 135, Allah Ta’ala menyebut antara
ciri orang yang bertaqwa adalah: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan
perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan
dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan
itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
Buat silap tidak menjejaskan
kewibaan dan ketokohan TGHH. Allah Ta’ala sendiri tidak menafikan ketaqwaan
seseorang yang disebut “melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri” dalam ayat di atas.
No comments:
Post a Comment