Setiap kali tibanya hari kebangsaan, hari merdeka 31
Ogos ramai yang akan bercakap dan mengulas erti merdeka. Bermacam-macam takrif
diberikan dari pelbagai sudut dan pelbagai perspektif.
Namun, satu perkara yang kita tidak harus lupa. Iaitu
hakikatnya kita adalah HAMBA.
Kita diciptakan untuk menjadi HAMBA:
"Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengHAMBAkan diri
kepadaKu.” (Adz-Dzariat:56)
Kita diseru supaya menjalani kehidupan ini di atas
landasan perHAMBAan:
“Wahai sekalian manusia! PerHAMBAkanlah diri kepada
Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada
kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.” (Al-Baqarah:21)
Kita diminta supaya mengulangi ikrar sebagai HAMBA
setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali sehari:
“Hanya kepada Engkaulah sahaja (Ya Allah) kami
HAMBAkan diri dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”
(Al-Fatihah:5)
Setinggi manapun mencapaian kita di dunia ini kita
tetap HAMBA:
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan HAMBANYA
(Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di
Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’:1)
Dan hanya ketika kita benar-benar memahami, menghayati
dan melaksanakan tugas sebagai HAMBA kita akan memiliki ciri-ciri kemuliaan
sebagai insan yang tinggi akal budi, akhlak terpuji, terelak dari sifat dan
sikap yang keji:
“Dan HAMBA-HAMBA
Ar-Rahman, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan
apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini; (63) Dan mereka yang tekun
mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan
berdiri, (64)
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab
seksanya itu adalah mengerikan. (65)
Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan
tempat tinggal yang amat buruk; (66)
Dan juga mereka
yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada
bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di
antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain
bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula
berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
(68)
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat
dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69)
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta
mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada
tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. (70)
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka
sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar
taubat; (71)
Dan mereka yang tidak menghadiri tempat-tempat
melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan
sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri
daripadanya. (72)
Dan juga mereka yang apabila diberi peringatan dengan
ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara
orang-orang yang pekak dan buta. (73)
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan
bagi orang-orang yang bertakwa. (74)
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat
tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan
menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) Mereka kekal di
dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat
tinggal. (76)
(Al-Furqan:63-76)
Dari kefahaman dan keinsafan hakikat diri sebagai
HAMBA lahirlah jiwa-jiwa yang bebas dan merdeka, terungkap pada kata-kata,
terserlah pada budi bicara, terpahat pada amalan, terbukti pada perjuangan dan
pengorbanan yang menjadi obor sepanjang zaman. Inilah apa yang diungkapkan oleh
Allah Yarham Sayyid Qutub, “Akhi, engkau
merdeka di belakang tembok. Akhi, engkau merdeka di sebalik rantai-rantai yang
membalut…”
Sebelum Sayyid Qutub, Imam Ibn Taimiyyah pernah melakar
sejarah dengan ungkapannya, “Apa yang mampu dilakukan oleh musuhku terhadapku?
Syurgaku dan tamanku di dalam dadaku. Ke mana aku pergi ia bersamaku, ia tidak
berpisah dariku. Sesungguhnya penjara bagiku adalah khulwah. Pembunuhanku
adalah syahadah (mati syahid). Pengusiranku dari negeriku adalah siahah
(pelancongan).”
Maka, untuk menikmati kemerdekaan yang hakiki tetaplah
mengabdikan diri, menyembah dan mengHAMBAkan diri kepadaNya sehingga mati:
“Dan HAMBAkanlah diri kepada Tuhanmu, sehingga datang
kepadamu keyakinan (kematian).” (Al-Hijr:99)
31 Ogos 2016
1 comment:
submit to Allah and merdeka
Post a Comment