Al-Quran
adalah kitab suci yang diturunkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Bijaksana. Kelebihan
dan keistimewaannya tidak ada tandingan walau dari aspek sekalipun. Seorang penyelidik,
Abduldaem Al-Kaheel menumpukan perhatiannya kepada aspek keunikan susunan huruf
dan penggunaan kalimah atau perkataan di dalam setiap ayat dan surah. Dapatannya
memang sangat menakjubkan. Perhatikan dapatan pemerhatiannya pada surah
al-Kauthar.
Al-Kauthar
adalah surat yang terpendek di dalam al-Quran. Ia mengandungi 10 perkataan
sahaja. Separuh daripada perkataan itu merupakan perkataan-perkataan yang tidak
terdapat di dalam surah-surah lain (satu daripada keunikan al-Quran juga adalah
setiap surah di dalam al-Quran yang berjumlah 114 itu mengandungi
sekurang-kurangnya satu perkataan tertentu yang tidak ada di dalam surah
selainnya)
{ انا اعطينك الكوثر } [الكوثر: 1].
{ فصل لربك وانحر } [الكوثر: 2].
{ ان شانئك هو الابتر } [الكوثر: 3].
Bagi surah
al-Kauthar yang paling pendek ini, terdapat lima perkataan yang hanya disebut
di dalam surah ini sahaja. Surah-surah lain tidak ada perkataan ini:
أعطينك - الكوثر - انحر - شانئك – الأبتر
Ayat pertama daripada surah ini mengandungi 10 huruf
hijaiyyah, iaitu:
(ا، ن، ع، ط، ي، ك، ل، و، ث، ر)
Ayat kedua juga mengandungi 10 huruf hijaiyyah, iaitu:
(ف، ص، ل، ر، ب، ك، و، ا، ن، ح)
Setiap ayat diakhiri dengan huruf “ra”.
Di dalam senarai huruf hijaiyyah huruf “ra” merupakan huruf
yang ke 10.
Di sana terdapat 10 surah yang diakhiri dengan huruf “ra”.
Dan kedudukan Surah al-Kauthar adalah yang ke 10.
Surah-suarah yang berakhir dengan huruf “ra” adalah:
1.
Al-Maidah berakhir dengan
perkataan قدير
2.
Al-Hajj berakhir dengan
perkataanالنصير
3.
Luqman berakhir dengan
perkataanخبير
4.
Asy-Syura berakhir dengan
perkataanالامور
5.
Al-Qamar berakhir dengan
perkataanمقتدر
6.
Al-Mumtahanah berakhir
dengan perkataanالقبور
7.
Al-Qadar berakhir dengan
perkataanالفجر
8.
Al-Aadiaat berakhir dengan
perkataanلخبير
9.
Al-Asr berakhir dengan
perkataan بالصبر
10. Al-Kauthar berakhir dengan perkataan الابتر
Apakah rahsia serta kaitan 10 dengan surah ini?
Sesungguhnya ia berkaitan dengan perintah Allah terhadap
Rasul-Nya s.a.w. agar berkorban (ayat ke 2). Dan ibadah korban itu dilakukan
pada hari ke 10 Dzul-Hijjah.
Maka, apakah semua ini berlaku secara kebetulan?
http://www.kaheel7.com/ar/index.php/1/2079-2018-08-14-16-24-03
No comments:
Post a Comment