Tuesday, September 01, 2009

Kita Adalah Raja

Ibn 'Abbas r.a. berkata: di kalangan Bani Israel, sekiranya seorang lelaki mempunyai isteri, khadam dan rumah, maka dia dipanggil malik (raja).

Seorang lelaki mengeluh di hadapan 'Amru bin al-'As: "Kami adalah golongan muhajirin yang faqir!".
'Amru bertanya lelaki itu: "Adakah kamu mempunyai isteri yang kamu pulang ke sisinya setiap hari?"
Lelaki itu menjawab: "Ya!"
'Amru bertanya lagi: "Adakah kamu memiliki rumah tempat kamu berteduh?"
Lelaki itu menjawab: "Ya!"
'Amru berkata: "Maknanya kamu orang kaya!"
Lelaki itu menambah: "Saya juga mempunyai khadam".
'Amru berkata: "Kalau begitu, kamu termasuk golongan almuluk (raja-raja)!"

Abdullah bin Muhsin melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang bangun di waktu pagi dalam keadaan sihat tubuh badannya, aman tempat tinggalnya, mempunyai makanan yang cukup untuk hari itu, maka seolah-olah dihimpunkan untuknya dunia dengan segala isinya". Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah.

No comments: