“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia
hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang
ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal
bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
(36)
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila
mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka
memaafkannya. (37)
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang
dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka
dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (38)
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang
yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka bertindak membela
diri.” (39)
Asy-Syura : 36 – 39
Ciri-ciri insan yang berjiwa merdeka:
1. Memahami nilai dunia yang sementara. Lantaran itu mereka lebih
mengutamakan apa yang disediakan Allah pada hari akhirat kelak.
2. Beriman dan bertawakkal kepada Allah.
3. Menjauhi perbuatan keji seperti menipu, mencuri, memberi dan mengambil
rasuah, berzina, membunuh dan lain-lain.
4. Sabar dan pemaaf
5. Segera melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya
6. Mendirikan solat
7. Mengamalkan prinsip syura atau bermesyuarat.
8. Dermawan
9. Tidak membiarkan diri dizalimi, sebaliknya tidak gentar untuk bangkit
membela diri.
No comments:
Post a Comment