Saturday, September 19, 2015

JOM TADABBUR 13 – KEINDAHAN AKHLAK MUSLIM


Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Antara hak muslimin yang wajib ke atas kamu ialah EMPAT perkara:
-       menolong mereka jika mereka berbuat baik
-       memohon ampun jika mereka berdosa
-       berdoa untuk mereka yang berpaling dari kebenaran dan enggan menegakkannya
-       mencintai dan menyayangi mereka yang bertaubat.”
Riwayat ad-Dailami dengan sanadnya.

Subhanallah, betapa indahnya akhlak muslim yang diajar oleh Nabi kita s.a.w.
Sesungguhnya muslim tidak sunyi daripada empat keadaan di atas, iaitu muslim yang baik, muslim yang melakukan dosa dan maksiat, muslim yang berpaling tadah atau yang berubah haluan dari baik kepada jahat atau kurang baik dan muslim yang insaf dan bertaubat daripada dosa-dosa yang lalu.
Nabi s.a.w. mengajar kita menghadapi semua kategori itu dengan akhlak yang mulia, sikap yang positif serta membantu mereka istiqamah di atas  jalan yang benar dan lurus serta kembali ke jalan itu jika telah tersasar.

Yang baik, kita tolong dan bekerjasama dengannya.
Yang berdosa, sedarkan dan mohon ampun untuknya
Yang berubah, ajak dan berdoa supaya dia kembali kepada kebenaran
Yang bertaubat, terima dengan dada yang lapang. Tunjukkan kegembiraan kita terhadap kepulangannya dan jangan ungkit atau sebut-sebut lagi kisah silamnya.


No comments: