Beberapa pelajaran dalam amal siasi diambil
daripada pelbagai sumber.
(Menghimpunkan beberapa kajian untuk
mendalami kefahaman, membetulkan tanggapan, mengembang makanisma dan
menghubungkan antara nas dengan waqi' di medan yang banyak berubah, sentiasa
bergerak, jurang perbezaan yang luas, dihampari dengan godaan-godaan yang
bermacam-macam dan penulisan mengenainya yang sangat sedikit).
Penjelasan objektif:
Kesempurnaan ubudiah kepada Allah ialah
mensejajarkan tujuan (maqasid) makhluk dengan tujuan (maqasid) al-Khaliq. Iman
asy-Syatibi berkata: "Tujuan Syarak memperundangkan Syariat ialah
mengeluarkan mukallaf dari runtunan nafsunya sehingga dia menjadi hamba kepada
Allah secara pilihan sebagaimana dia menjadi hamba kepada Allah secara terpaksa
(tiada pilihan)."
Dan lebih tepat serta lebih mendalam
daripada itu, hadis ar-Rasul s.a.w. yang bermaksud: "Tidak beriman
seseorang kamu sehingga hawa nafsunya jadi pengikut kepada apa yang aku
bawa."
Tujuan amal siasi dalam Islam:
Tujuan atau objektif amal siasi dalam Islam
adalah tujuan Islam itu sendiri, yang mana Islam datang untuk merealisasikan
maslahah manusia dari segi agama dan dunia (matlamat keagamaan dan keduniaan)
serta mengiringi dan mendampingi perkembangan perjalanan hidup mereka.
"Maka pensyariatan siasah Islam mencukupi untuk memenuhi keperluan manusia
dan tuntutan mereka pada semua tempat dan masa berlandaskan roh syariah,
kaedah-kaedahnya dan matlamatnya. Asasnya ialah maslahah ini yang merupakan
objektifnya dan matlamatnya yang dituntut pelaksaannya secara praktikal. Maka
dengan itu ia merupakan asas syariah dalam pentadbiran siasah dari awal hingga
akhir.
Maqasid amal siasi islami yang paling
penting
1.
tauhid
2.
wehdah (kesatuan)
3.
menegakkan daulah islamiah
4.
penyusunan institusi
5.
menegakkan din dan menyebarkan
dakwah
6.
islah
7.
pembangunan infrastruktur
8.
melaksanakan keadilan
9.
menghormati hak-hak manusia
10. kebebasan untuk semua
11. persamaan
12. menjaga keamanan, syura, izzah muslimin, taaruf dan taawun
Dakwah kita adalah siasah dan siasah kita
adalah dakwah
Dr Yusuf al-Qaradhawi, sebagai mendokong
fikrah penyatuan antara siasah dan dakwah telah menulis: "Sesungguhnya
Nabi s.a.w. adalah ahli politik dan pemimpin umat. Di samping baginda juga
seorang muballigh, guru dan qadhi. Sesungguhnya dia adalah seorang ketua
negara. Dan khulafa' ar-rasyidun al-mahdiyyun selepas baginda merupakan ahli
politik mengikut manhaj baginda serta jalannya, di mana mereka mentadbir dan memerintah
umat dengan adil dan ihsan serta memimpin mereka dengan ilmu dan iman.
Tetapi manusia pada masa kini, khususnya di
negara-negara kita (negara umat Islam); oleh kerana mereka banyak berhadapan
dengan kerenah politik dan tingkah laku ahli-ahli politik yang buruk, sama ada politik
penjajah atau politik pemerintah yang khianat dan zalim, mereka jadi bencikan
politik dan semua yang berkaitan dengan politik. Lebih-lebih lagi apabila
falsafah machiavelli menguasai politik
dan menentukan halatujunya. Diceritakan bahawa Shaikh Muhammad Abduh, selepas
beliau mengalami pengalaman pahit ketika berhadapan dengan tipu daya politik
dan liku-likunya, terungkap kalimahnya yang masyhur: "Aku berlindung
dengan Allah daripada politik, daripada berpolitik dan orang-orang
politik!"
Kesimpulannya, amal siasi islami tidak
mungkin memisahkan siasah dari dakwah, dari sudut rujukannya, hadafnya, maudhuknya
dan natijahnya. Islam merupakan rujukan kedua-duanya (siasah dan dakwah). Insan
merupakan maudhuk kedua-duanya, urusan manusia dan memenuhi maslahah mereka
adalah hadaf kedua-duanya, mencorakkan kehidupan muslimin dengan sibghah Allah
merupakan natijah kepada usaha kedua-duanya.
Justeru, kita sentiasa mengulang-ulang
bahawa dakwah kita adalah siasah dan siasah kita adalah dakwah.
Memisahkan antara dakwah dan siasah adalah
satu jenayah
Inilah yang ditegaskan oleh Ustaz
asy-Syahid Hasan al-Banna di dalam ucapannya: "Seorang reformis Islam,
seandainya dia memilih untuk menjadi seorang faqih, seorang mursyid yang
menjelaskan hukum-hakam, menyampaikan ajaran-ajaran, menghuraikan permasalahan
asas dan cabang, dan dia biarkan para axecutive menggubal undang-undang untuk
umat apa yang tidak diizinkan Allah serta mengheret mereka ke arah yang
berlawanan dengan perintah Allah, maka natijah yang pasti daripada tindakannya
itu ialah suara reformis ini akan tinggal bergema di dalam lembah dan menjadi
laksana hembusan di dalam pasir semata-mata.
LUJNAH TARBIAH IM
No comments:
Post a Comment